Hari ini dah masuk hari ke-16 umat Islam menyambut Aidilfitri. Semalam, rakan seunit, Ahmad Abu Bakar menjemput ke rumah terbukanya di Taman Pusaka, Ayer Molek, Melaka.
'Jemput tak ramai...keluarga dan rakan-rakan seunit sahaja." katanya perlahan.
'Insya-Allah...', balas aku sambil mengangguk-anggukkan kepala.
Pukul 3.00 petang, sebaik pulang dari menghadiri Festival Membaca 2010, aku dan Miza, anak perempuan aku singgah di rumah beliau. Tetamu yang aku kenali sewaktu tiba ialah Mi Azian bersama emak dan adik perempuannya, Nor Ridzuan, Suhaizri dan Shazley.
'Jemput masuk...', pelawa Ahmad sebaik beliau selesai menunaikan solat.
Secara kebetulan perut aku kelaparan kerana tidak berkesempatan untuk makan tengah hari setelah selesai mengemaskini blog.
'Ramai ke yang dah sampai?,' tanya aku.
'Belum ramai lagi...', balas beliau.
Kami dihidangkan nasi himpit, rendang ayam, laksa dan cendol. Ada juga kuih-kuih raya disediakan dalam bekas lutsinar buat kudapan tetamu.
Beliau menyatakan hajatnya nak menjemput semua rakan-rakan tetapi ada kekangan lain menyebabkan beliau membuat jamuan ala kadar sahaja.
Setelah hampir setengah jam menjamu selera, aku meminta diri untuk pulang sewaktu hujan mulai gerimis.
Buat Ahmad sekeluarga, terima kasih daun keladi...
Dan pada sebelah malam, aku sekeluarga berkunjung ke rumah adik aku, Zamri di Rumah Awam Bukit Beruang. Sepanjang perjalanan aku lihat beberapa buah rumah turut mengadakan rumah terbuka untuk tetamu masing-masing.
Pukul 8.50 malam kami sampai di rumah Zamri. Kebetulan Amir sekeluarga dan Mak Bedah turut bersama dalam majlis tersebut. Nizam dan anak-anaknya turut hadir. Ramai juga rakan-rakan sekerja Zamri berbangsa Cina memeriahkan majlis rumah terbuka beliau.
Tiga hari lalu, Zamri kemalangan bila mana sebuah kereta yang mengundur tiba-tiba melanggar belakang motor yang diboncengnya sewaktu nak ke warung untuk makan tengah hari. Aku tidak sempat menjenguknya tetapi sempat bertanyakan khabar melalui telefon.
Akibat kemalangan itu, dia cedera di kaki dan mendapat 6 jahitan. Setelah doktor melakukan x-ray, Zamri bernasib baik tidak mengalami kecederaan dalaman. Aku mengambil kesempatan ini untuk melawat beliau yang mendapat cuti sakit selama seminggu.
Majlis rumah terbuka ini menyediakan hidangan seperti nasi himpit, rendang, mee kari, sate dan kuih-muih. Sambil makan, aku berbual dengan Mak Bedah dan juga Wan, anak Kak Marina. Macam-macam isu.
Hampir jam 11.00 malam, kami sekeluarga meminta diri untuk pulang.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan