Jumaat, September 28, 2012

Pembentangan Bajet 2013

Pembentangan Bajet 2012 (Part 1)
Pembentangan Bajet 2012 (Part 2)
Pembentangan Bajet 2012 (Part 3)
Pembentangan Bajet 2012 (Part 4)
Pembentangan Bajet 2012 (Part 5)
Pembentangan Bajet 2012 (Part 6)

Jumaat, September 21, 2012

Lawatan SMK Simpang Bekoh, Asahan

Hari ini Perpustakaan UTeM menerima lawatan seramai 40 orang pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Simpang Bekoh, Asahan, Melaka.


Taklimat perpustakaan oleh Cik Rasida

Dua orang guru pengiring yang mengetuai lawatan ini ialah Puan Rashidah Yazid dan Cik Siti Nor Omar. Tujuan lawatan ini ialah sebagai penanda aras aktiviti dan perkhidmatan yang sedia ada di Pusat Sumber SMK Simpang Bekoh.

Para pelajar tekun mendengar taklimat.

Lawatan bermula pada jam 9.00 pagi di mana ketibaan rombongan pelajar ini disambut oleh Cik Rasida Abu Bakar, Pustakawan Kanan, Bahagian Rujukan.

Pelajar adalah sebahagiannya Pengawas Pusat Sumber.

Rombongan ini dibawa ke Bilik Tayangan untuk taklimat perpustakaan. Taklimat perpustakaan disampaikan oleh Cik Rasida. Sebaik selesai taklimat, cenderamata lawatan disampaikan kepada kedua guru tersebut sebagai tanda kenangan.

Cenderahati untuk Puan Rashidah Yazid

Cenderahati untuk Cik Siti Nor Omar.

Rombongan ini kemudian dibawa melihat perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan di setiap aras. Hampir semua bahagian perpustakaan dilawati termasuklah Bahagian Teknikal seperti Bahagian Perolehan dan Bahagian Pengindeksan.

Melihat proses pendigitalan bahan dijalankan.

Penerangan proses Bahagian Perolehan oleh Encik Zaidi Saad.

Penerangan proses kerja Bahagian Pengindeksan oleh Encik Harul Rizam.

Para guru berbincang proses kerja di bahagian.

Para pelajar mendengar penerangan dengan penuh minat.

Penerangan proses pengkatalogan oleh Encik Ahmad Abu Bakar.

Encik Muaat menerangkan proses kerja menampal tag RFID.

Para pelajar melihat facebook perpustakaan.

Semasa melawat bahagian-bahagian perpustakaan, diadakan penerangan oleh wakil bahagian dan ada juga soal jawab serta demonstrasi kepada para pelajar.

Para pelajar bergambar kenangan.

Bergambar kenangan bersama guru-guru pengiring.

Lawatan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Khamis, September 20, 2012

Hari Terakhir Latihan Amali Pelatih UiTM

Hari ni merupakan hari terakhir pelatih UiTM menjalani latihan amali di Perpustakaan UTeM. Fatin Einanie Yuskha Mohd Yusof, Nur Hafizah Kastamin dan Maizatul Aqilah Amzah merupakan pelajar latihan amali program Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat dari Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Shah Alam menjalani latihan amali selama dua bulan mulai 23 Julai 2012 hingga 20 September 2012.

Fatin Einanie Yuskha Mohd Yusof, Maizatul Aqilah Amzah dan Nur Hafizah Kastamin 
 
Tujuan latihan amali ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar menimba pengetahuan dan kemahiran dalam mana-mana organisasi sebagai persediaan bila menempuh alam pekerjaan kelak.

Bergambar bersama sebahagian staf Bahagian Pengindeksan

Di antara penempatan yang dicadangkan ialah Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Latihan, Bahagian Rujukan, Unit Automasi, Bahagian Sirkulasi dan Media, Unit Jurnal, Unit Perolehan Hadiah dan Pertukaran, Unit Perolehan Buku dan Bahagian Pengindeksan.

Di Bahagian Pengindeksan, Fatin Einanie Yuskha Mohd Yusof dan Nur Hafizah Kastamin berpeluang menimba ilmu berkaitan pengkatalogan buku selama 10 hari mulai dari 9 Ogos hingga 24 Ogos 2012 manakala Maizatul Aqilah Amzah pula ditempatkan di bahagian ini selama 10 hari mulai 16 Ogos 2012 hingga 3 September 2012.

 
Petang tadi ketiga-tiganya mengambil kesempatan berjumpa dengan staf Bahagian Pengindeksan dan kami merakamkan foto sebagai kenangan.

 
Kepada Fatin Einanie Yuskha Mohd Yusof, Nur Hafizah Kastamin dan Maizatul Aqilah Amzah, terima kasih di atas kerjasama semasa latihan di Bahagian Pengindeksan. Yang baik tu kongsikanlah dengan orang lain dan yang buruk tu simpan di dalam hati.

 
Selamat maju jaya buat ketiga pelajar ini!

Makan Malam Sempena ICAL 2012

Malam ini saya diminta oleh Ketua Pustakawan untuk menggantikan beliau menghadiri Majlis Makan Malam sempena International Conference On Active Learning (ICAL 2012) dan International Conference On Mobile Learning (Mobilcase 2012) di Grand Ballroom Hatten Hotel, Banda Hilir, Melaka.

Majlis makan malam yang dianjurkan oleh Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (PPP), UTeM ini bertujuan meraikan para peserta dan pembentang kertas kerja bagi persidangan International Conference On Active Learning (ICAL 2012) anjuran PPP dan International Conference On Mobile Learning (Mobilcase 2012)anjuran FTMK dan ianya berlangsung pada 18 hingga 20 September 2012 di Dewan Besar UTeM.

Antara tujuan persidangan ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan tentang teknik dan kaedah pengajaran yang menggunakan pendekatan SCL.

Majlis bermula pada jam 8.30 malam dan dihadiri oleh para tetamu yang terdiri daripada delegasi antarabangsa dan tempatan di mana sebahagian daripadanya oleh para peserta, pembentang kertas kerja, petugas persidangan serta pegawai-pegawai kanan UTeM.

Sebaik tetamu khas iaitu YB Datuk HJ. Ghazale Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pengangkutan, Penerangan, Perpaduan dan Pengguna Negeri Melaka yang juga ADUN Serkam tiba, beliau diiringi oleh Prof. Dato' Dr. Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) ke meja VIP.

Lagu Negaraku dan UTeM Terbilang kemudian dimainkan. Ianya disusuli oleh bacaan doa oleh wakil pengajur.

Prof. Dato' Dr. Mohamad Kadim Suaidi mewakili Naib Canselor kemudian menyampaikan ucapan aluan kepada semua tetamu dan akhirnya YB Datuk HJ. Ghazale Mohamad mewakili Ketua Menteri Melaka juga menyampaikan amanat daripada Ketua Menteri kepada semua yang hadir serta merasmikan persidangan.

Dalam majlis makan malam ini dipersembahkan juga montaj persidangan. Di samping itu dilancarkan Persatuan Active Learning Interest Group Network (ALIGN), pelancaran buku Mobile Learning dan pelancaran buku Amalan Terbaik Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di IPTA.

Sebaik selesai, para tetamu dijamu dengan hidangan yang disediakan berupa chinese food sambil dipersembahkan alunan lagu instrumental oleh staf UTeM.

Majlis berakhir lebih kurang jam 10.30 malam.

Ahad, September 16, 2012

Mengunjungi Petronas StreetSmart

Hari Ahad, 16 September 2012 merupakan cuti hujung minggu dan juga sambutan Hari Malaysia.

Bastion House

Seperti dijanjikan, pada sebelah petang, aku membawa anak-anak ke Bastion House, Jalan Kota, Melaka untuk melihat pameran Petronas StreetSmart yang berlangsung dari 1 September 2012 hingga 31 Januari 2013. Pameran dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang.




Kami sampai lebih kurang pukul 4.15 petang. Ifa, Miza dan Alim sungguh teruja untuk melawat pameran ini bila melihat bunting yang dipasang pada tiang lampu di sekitar bandar raya Melaka.




Petronas StreetSmart yang digerakkan oleh Petrosains merupakan salah satu program utama kemasyarakatan oleh Petronas yang mula diadakan semenjak tahun 2001 bertujuan untuk melibatkan dan mendidik orang awam khususnya pelajar sekolah tentang isu-isu keselamatan jalan raya dengan memfokuskan kepada kesedaran sains dan pendidikan.




Pelbagai bahan pameran dipamerkan. Ianya menarik minat pengunjung untuk mencubanya secara simulasi. Selain itu ada juga beberapa aktiviti menguji minda disediakan.






Kami beredar pada jam 5.30 petang apabila Petronas StreetSmart hampir ke penghujung waktu pembukaannya.



Jumaat, September 14, 2012

Tazkirah: Istighfar Dan Taubat

Jumaat, 14 September 2012. Tazkirah pagi Jumaat bulan ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fauzee Mohamed, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Dakwah dan Sahsiah, Pusat Islam UTeM. Tajuk tazkirah kali ini ialah 'Istighfar dan Taubat'.




Memulakan tazkirah, Ustaz Mohd Fauzee memetik satu hadis:

Dan dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Allah SWT berfirman: ‘Wahai anak adam, sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepadaKu, niscaya Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan memperdulikannya lagi.

Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu memenuhi seluruh langit, kemudian engkau memohon ampun padaku, nescaya Aku akan mengampunimu.

Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpaiKu dalam keadaan tidak berbuat syirik dengan apapun nescaya aku akan datang kepadamu dengan pengampunan sepenuh bumi pula.'"


(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Menurut Ustaz Mohd Fauzee lagi, luasnya kasih sayang Allah kepada manusia asalkan tidak berlaku syirik kepadaNya dan Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambaNya sama ada dosa kecil ataupun dosa besar.

Katanya bagi dosa besar, ianya rumit sedikit kerana ia perlu disertakan dengan penyesalan serta bertekad untuk tidak mengulangi dan benci untuk melakukan maksiat lagi.

Berdoa adalah salah satu kunci hubungan di antara manusia dengan penciptanya. Manusia perlu berusaha untuk dunia tetapi doa juga perlu sebagai ikhtiar. Ia tidak menyalahi pegangan sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dalam berdoa perlu ada adab di samping akhlak yang baik juga kesegaran hati dan kesungguhan serta yakin Allah SWT itu adalah pemberi anugerah. Ketika berdoa kita harus bersangka baik kepada Allah SWT. Doa juga tidak boleh dijadikan tradisi dalam apa jua acara yang tidak bersesuaian dengan majlis. Untuk doa dimakbulkan, perlu makan dari makanan yang halal bukan syubhah.

Jika terambil hak orang, perlu dipulangkan segera dan memohon keampunan daripada pemiliknya. Permohonan maaf tidak perlu menggunakan orang tengah. Jika tersedar, kita perlu beristighfar disertakan dengan hati dan perasaan bersalah.

Menurut Ustaz Mohd Fauzee, beristighfar perlu selari dengan hati. Jangan melakukan syirik kerana Allah SWT tidak mengampunkan dosa syirik. Amalan orang-orang Melayu banyak melakukan syirik seperti mempercayai bomoh dalam menghalang gangguan syaitan. Bagi mereka yang melakukan syirik, dikatakan amalannya tidak diterima Allah SWT.

Majlis ilmu ini berakhir pada jam 9.40 pagi.

Rabu, September 12, 2012

Majlis Sambutan Eidulfitri UTeM 1433H

Tahun ini, Majlis Sambutan Eidulfitri 1433H Universiti Teknikal Malaysia Melaka telah diadakan pada 12 September 2012 bersamaan 25 Syawal 1433H. Lokasi majlis masih seperti sebelumnya iaitu di Perkarangan Dewan Besar UTeM.

Majlis Sambutan Eidulfitri  bermula pada pukul 9.45 pagi dengan kehadiran para jemputan. Pukul 10.00 pagi, ketibaan pegawai-pegawai kanan universiti, ketibaan Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan dan isteri serta ketibaan Pengerusi Lernbaga Pengarah UTeM, Datuk Ir. Dr. Hj. Ahrnad Zaidie Laidin dan isteri. Tahun ini Tun Canselor UTeM, Tuan Yang Terutarna Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob tidak dapat menghadiri majlis sambutan hari raya ini kerana khabarnya ke luar negara.

Memulakan acara, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan menyampaikan ucapan alu-aluan sempena aidilfitri. Kemudian beliau mengiringi Pengerusi Lembaga Pengarah  UTeM, Datuk Ir. Dr. Hj. Ahrnad Zaidie melawat khemah-khemah pusat tanggungjawab serta memberikan hamper kepada wakil PTj tersebut.

Tahun ini pertandingan khemah tercantik jatuh kepada Pusat Komputer diikuti FKP dan Bendahari.

Majlis berakhir jam 1.00 tengah hari.