Jumaat, Oktober 21, 2011

Majlis Pertunangan Aishah-Shafiq

Majlis Pertunangan Aishah dan Shafiq ini telah diadakan pada hari Ahad, 9 Oktober 2011 di Kg. Pangkalan Jajar, Alai, Melaka. Aishah merupakan anak keempat Hj. Aziz dan isterinya Hajah Halimah sudah menamatkan pengajiannya di UiTM Shah Alam dan baru sahaja bekerja di salah sebuah syarikat minuman di Merlimau.

Pada jam 12.00 tengah hari diadakan kenduri doa selamat untuk jiran dan masyarakat setempat manakala pada jam 2.30 petang, diadakan pula majlis pertunangan.



Seramai 60 orang rombongan pihak lelaki dari Shah Alam, Selangor hadir di majlis berkenaan. Kalau dilihat dari segi kenderaan yang tersusun di halaman rumah, memang tunangannya dari keluarga berada.

Jurucakap pihak perempuan diwakili orang Pak Him, Sidang Kg. Alai manakala jurucakap pihak lelaki ialah bapa saudara Shafiq, seorang yang berpangkat juga.

Pihak lelaki menghantar beberapa dulang hantaran dan sebentuk cincin tunang.

Mengikut perjanjian, tempoh pertunangan ialah setahun tertakluk kepada perbincangan kedua pihak. Dikhabarkan hantaran daripada pihak lelaki berjumlah RM15,000.00.

Signifikannya pemilihan tarikh pertunangan dan tarikh perkahwinan iaitu tarikh pertunangan pada 9 Oktober 2011 (9/10/11) dan tarikh perkahwinan dicadangkan pada 10 November 2011 (10/11/12). Majlis berjalan dengan sempurna dan selesai pada jam 4.30 petang.
































Tiada ulasan:

Catat Ulasan