Rabu, Oktober 05, 2011

Tiga Bersaudara Sudah Remaja

Dalam banyak-banyak foto, aku memilih foto di bawah ini kerana ia menggambarkan keakraban tiga bersaudara. Ketiga-tiganya merupakan sepupu. Di sebelah kiri ialah Mohd Asyraf Azhar yang tinggal di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras. Di tengah ialah Muhammad Azfar bin Amir, tinggal di Gangsa, Melaka dan di sebelah kanan ialah Muhammad Arif bin Azman, anak aku.



Persamaan di antara mereka ialah dilahirkan pada tahun yang sama iaitu tahun 1996. Ketiga-tiganya merupakan anak sulung dalam keluarga mereka dan pada 4 Oktober 2011, ketiga-tiganya bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Seorang lagi sepupu mereka, Manan bin Mohd Noor juga akan menduduki peperiksaan yang sama di Ulu Kelang, Selangor.

Diam tak diam, sudah remaja anak-anak ini dan setahun dua lagi pasti haluan masing-masing akan berbeza namun keakraban mereka tetap kekal utuh selamanya.

Semoga mereka berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam PMR nanti.

Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan