Rabu, Jun 27, 2012

Memangku Tugas S48

Jam 4.30 petang tadi, aku menerima perkhabaran gembira daripada Muaat Muji, PAP Kanan. Beliau memaklumkan membawa surat arahan pemangkuan jawatan Timbalan Ketua Pustakawan (TKP) pada gred S48.

Sebaik menerima surat perlantikan tersebut, bersama rakan-rakan aku membaca kandungan surat tersebut. Tempoh pemangkuan ialah mulai 13 Jun 2012 hingga 12 Disember 2012. Lebih kurang 6 bulan. Dinyatakan juga kelayakan dan elaun semasa pemangkuan tugas TKP.

Rakan-rakan setugas, Arman, Hasliza, Fauziah, Harulrizam, Zaidi, Norshahila dan Muhammad Hafeez merupakan antara individu yang terawal memberikan ucapan tahniah. Nurul Akmar juga menyampaikan ucapan tahniah melalui telefon. Ada juga rakan-rakan sekerja menyampaikan ucapan tahniah melalui Facebook.

Paling mengejutkan ialah mantan TKP, Cik Siti Noor Kiah turut mengucapkan tahniah melalui telefon dari kediamannya di Perak.

Pada hari yang sama, Jumakyah Yaacob, Pembantu Perpustakaan di Bahagian Perolehan juga dinaikkan pangkat kepada Pembantu Perpustakaan Kanan (S22). Tahniah diucapkan kepada beliau.

Syukur Alhamdulillah, rezeki Allah SWT. Barangkali rezeki anak-anak. Juga doa seorang isteri yang sentiasa berdiri teguh di belakang suami. Barangkali juga doa dan harapan staf yang inginkan perubahan.

Buat Arman dan Rasida yang bersama-sama di dalam temuduga tempohari diharap dapat membantu aku memimpin perpustakaan ke landasan yang betul. Juga kepada semua staf perpustakaan yang sentiasa menyokong aku, aku harap sebagai rakan, mereka dapat menegur aku jika aku tersilap.

Jawatan ini bukanlah untuk dibanggakan tetapi merupakan suatu amanah daripada pengurusan universiti untuk memimpin perpustakaan mencapai misi dan visi universiti. Ia juga merupakan ujian Allah terhadap hambaNya kerana setiap masa kita diuji tidak kira sama ada semasa senang maupun susah.

Dan aku percaya setiap ujian yang Allah SWT turunkan itu mampu dihadapi oleh hambaNya. Semoga roda hidup berputar dengan lancar hendaknya.

2 ulasan:

  1. Tahniah diucapkan atas peningkatan kerjaya.Semoga En Azman akan membawa perpustakaan UTeM ke arah yang lebih cemerlang.

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas ucapan tersebut. Insya- Allah, saya akan buat sebaik mungkin. Harap dapat support saya dalam menjalankan tugasan diamanahkan.

    BalasPadam