Rabu, Mac 21, 2012

Beli-belah di Tekek

Selasa, 13 Mac 2012. Hari ini merupakan hari ketiga percutian kami di Pulau Tioman. Perancangan kami hari ini ialah membeli-belah di Tekek.

Pukul 12.30 tengah hari, setelah semuanya siap, kami menunggu bas di lobi apartment. Kira-kira sepuluh minit kemudian, sebuah bas mini yang disediakan oleh pengurusan apartment tiba dan membawa kami serta lain-lain penumpang ke Tekek.

Tekek merupakan sebuah pekan kecil yang mempuyai pelbagai kemudahan asas antaranya mesin ATM milik bank BSN, klinik kesihatan, pejabat pos, kedai runcit, kedai bebas cukai dan restoran.

Kami singgah di sebuah kedai bebas cukai untuk membeli pakaian untuk anak-anak, coklat dan cenderamata untuk rakan-rakan pejabat.

Pukul 3.00 petang kami kembali semula ke apartment untuk menjamu selera. Kesempatan dan masa terluang yang ada digunakan oleh anak-anak untuk mandi-manda di kolam renang.

Jam 6.00 petang, aku dan Ida bergerak ke lobi Hotel Berjaya bagi mencari beberapa souvenir untuk dibawa pulang. Pukul 8.00 malam, kami sudah berada di apartment untuk makan malam.

Malam ini kami bercadang untuk mengemas pakaian kerana esok pagi kami harus bergerak ke jeti pada jam 7.00 pagi memandangkan jeti pertama bergerak ke Mersing ialah jam 9.00 pagi.

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan