Anak-anak menghulurkan roti untuk menarik perhatian ikan-ikan yang berwarna-warni naik ke permukaan laut. Pelbagai spesis ikan boleh didapati di sekeliling pelantar ini.
Dalam laut yang jernih ini, kelihatan banyak batu karang dan ada di antaranya telah mati. Setelah puas berada di Renggis Island, akhirnya jam 4.30 petang, kami bergerak balik ke jeti.
Dari jeti kami menaiki tram ke apartment. Aktiviti anak-anak pada lewat petang itu ialah bermandi-manda di kolam renang manakala pada sebelah malam, anak-anak keletihan dan berehat sahaja di bilik.














Tiada ulasan:
Catat Ulasan