Mereka juga perlu faham konsep ibadah dalam profesion mereka iaitu selain ibadah khusus seperti sembahyang, puasa dan lain-lain, ibadah umum seperti bekerja, mencari rezeki halal, berhubungan sesama manusia lain juga adalah ibadah.
Objektif kursus ini juga bertujuan menerapkan nilai murni dan positif seperti integriti, kompeten, ikhlas, amanah dan sebagainya di dalam kerja seharian mereka.
"Orang Islam hari ini belum tentu beriman.", ujar Ustaz Md. Yusof.
Objektif terakhir kursus ialah mendapat kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Dari segi prinsipnya, ianya perlu berteraskan kesepaduan ad din iaitu iman, Islam dan ihsan. Dan ia juga mesti digabungkan di antara ilmu tradisi ulama muktabar dengan ilmu sains moden.
Taklimat beliau yang bermula pada jam 5.15 petang tamat sejam kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan