Selasa, Disember 07, 2010

Selamat Hari Lahir, Ida...

Jumaat, 3 Disember 2010. Hari ini jadual aktiviti aku agak padat sedikit. Namun begitu, sebelum melangkah ke tempat kerja, aku sempat mengucapkan selamat hari lahir kepada Ida yang menyambut ulangtahun kelahirannya ke-39. Ceria Ida hari ini dan aku mengharapkan keceriaan begini sampai bila-bila.

Lewat petang, sewaktu pulang kerja, sempat singgah di sebuah kedai kek untuk membeli sebiji kek hari lahir. Arif dan Ifa ikut sekali. Anak berdua ni baru aku jemput dari rumah neneknya, Mak Bedah di Peringgit. Memang tahun ni kami cadang nak celebrate seringkas mungkin. Sebagai tanda ingatan sahaja, buat keluarga....

Lepas Maghrib, anak-anak sudah buat persiapan. Kek diletakkan di atas meja. Lilin dipasang. Piring-piring untuk diisi kek disediakan dan masing-masing serentak menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu' sebagai memeriahkan majlis ringkas ini. Akhirnya, Ida meniup lilin pada kek. Anak-anak sungguh gembira.

Mereka kemudian memeluk dan mencium ibu mereka serta bergambar di depan kamera. Kek hari lahir kemudian dipotong dan dibahagi-bahagikan sesama mereka. Memang enjoy, kek aiskrim...enak kata mereka.

Buat Ida, aku titipkan satu bingkisan di Facebook berbunyi:

Happy Birthday to my beloved wife, Ida. May today be filled with sunshine and smiles, laughter and love and hope all your birthday dreams and wishes come true. It not just a year older, but a year better. May Allah bless you with happiness. Thanks to be a good wife & mom....

Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur dan murah rezeki...kejayaan buat Ida di masa hadapan. Amin...













Tiada ulasan:

Catat Ulasan