Hari ini, 1 Disember 2010 merupakan hari ulangtahun ke-10 penubuhan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Seawal jam 11.30 pagi, staf UTeM mula memenuhi ruang di dalam Kompleks Sukan UTeM bagi meraikan Majlis Sambutan 10 Tahun Penubuhan UTeM. Di sana-sini, petugas mula mengagih-agihkan rantai kunci 10 tahun penubuhan UTeM kepada semua hadirin di dalam dewan tersebut.
Majlis bermula pada jam 11.50 pagi dengan ketibaan Y.Bhg Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan, Naib Canselor UTeM diiringi pegawai-pegawai kanan universiti. Semua hadirin berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku dan UTeM Terbilang. Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fauzee bin Mohamed, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam.
Pukul 12.10 tengah hari, satu persembahan multimedia ditayangkan kepada semua hadirin. Persembahan multimedia selama 15 minit ini memaparkan sejarah awal penubuhan UTeM sehingga pada masa kini. Hadirin dibawa mengimbau detik-detik penubuhan UTeM yang ketika itu dikenali sebagai KUTKM bermula dari penubuhannya pada tahun 2000 yang beroperasi di rumah-rumah kedai di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh. Kemudian dipaparkan majlis pecah tanah pada tahun 2002 oleh Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan UTeM terus berkembang dan beroperasi di CUBIC pada tahun 2005.
UTeM akhirnya berpindah ke lokasi baru dan beroperasi di Kampus Induk pada pertengahan tahun 2009. Persembahan multimedia ini berjaya menarik perhatian dan menggamit memori hadirin dengan menelusuri pembangunan UTeM sedekad yang lalu. Sesekali hadirin memecah kesunyian bila terpapar wajah rakan-rakan mereka yang berbeza penampilannya berbanding masa kini.
Y.Bhg Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan kemudian menyampaikan ucapan dan memuji pihak Bendahari kerana dapat merealisasikan majlis ini pada masa yang singkat. Beliau berkata majlis yang diadakan pada hari ini agak signifikan iaitu bersamaan dengan tarikh penubuhannya 10 tahun yang lalu.
Tambah beliau lagi, sedekad yang lalu merupakan batu asas kepada kemajuan UTeM pada masa hadapan dan menyeru agar semua staf dapat menerapkan integriti dan kualiti dalam kerja agar ianya menjadi satu budaya kerja yang cemerlang. Beliau mengingatkan staf bahawa hala tuju universiti diukur melalui perancangan strategik dan lain-lain kayu pengukur yang ditetapkan oleh kementerian.
Pukul 12.30 tengahari, Majlis Sambutan 10 Tahun Penubuhan UTeM berakhir dengan upacara memotong kek sebagai simbolik kepada kejayaan UTeM pada masa lalu dan hadirin kemudiannya dijemput menikmati jamuan yang disediakan oleh penganjur di dalam dan luar Kompleks Sukan UTeM.
Sebahagian Foto: Ihsan Qalam Timur
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
tahniah UTEM...
BalasPadamsemoga terus gemilang