Khamis, Julai 14, 2011

Majlis Makan Malam SUKUM Ke-36

Semalam UTeM mengadakan Majlis Makan Malam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) bagi meraikan atlet dari 21 pasukan yang bertanding di sini. Majlis diadakan di perkarangan Dewan Besar UTeM dan dihadiri lebih daripada 1,000 orang tetamu yang terdiri daripada atlet, pegawai-pegawai sukan dan pegawai-pegawai kanan universiti. Tetamu kehormat pada malam itu ialah Y.Bhg Datuk Ab. Rahim Md. Noor, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi.

Majlis dimulakan pada jam 9.00 malam dengan bacaan doa oleh pegawai dari Pusat Islam. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Y.Bhg Prof. Dato' Dr. Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) mewakili Naib Canselor.

Seterusnya diadakan acara penyerahan mock cheque daripada para penaja SUKUM Ke-36. Akhirnya para tetamu dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan oleh penganjur di khemah-khemah jamuan.

Pelbagai makanan disediakan seperti sate, nasi tomato, nasi lemak kukus, bihun goreng, jeli kelapa, buah-buahan seperti tembikai dan limau dan minuman pelbagai perisa.

Sambil menikmati makanan, tetamu dihiburkan dengan persembahan kebudayaan yang diuruskan oleh Jawatankuasa Persembahan SUKUM Ke-36.

Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.


Persiapan untuk membakar sate dibuat seawal jam 5.00 petang.


Sate yang menjadi kegemaran semua tetamu.


Pemandangan Masjid UTeM dari tapak majlis.


Persiapan kerusi dan meja tetamu.


Latihan persembahan oleh Orkestra UTeM.


Majlis Makan Malam di perkarangan Dewan UTeM.


Petugas Jawatankuasa Jamuan Majlis, Makan & Minum bersedia melayan para tetamu.


Sebahagian tetamu berbaris untuk mengambil makanan.


Tetamu mengambil makanan daripada ahli jawatankuasa.


Sambil makan, para tetamu menikmati persembahan hiburan.


Tetamu menikmati jamuan disediakan.


Para petugas bersedia melayan tetamu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan