Khamis, Julai 14, 2011

Majlis Perasmian SUKUM Ke-36

Majlis Perasmian Sukan Antara Universiti (SUKUM) Kali ke-36 selamat disempurnakan oleh Datuk Ir. Hj. Ahmad Zaidee Laidin, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM pada hari Selasa, 12 Julai 2011. Majlis bermula pada jam 9.00 malam dengan perarakan 21 kontijen IPTA dengan diiringi oleh brass band pelajar-pelajar UTeM masuk ke dalam stadium.

Seterusnya diadakan bacaan doa daripada pegawai dari Pusat Islam. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Datuk Ir. Hj. Ahmad Zaidee Laidin, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM. Aturcara penting pada malam itu ialah perarakan masuk membawa bendera SUKUM Ke-36 dan juga memainkan lagu kejohanan.

Encik Shahran Moksen dari UTeM membaca ikrar mewakili seluruh atlet yang berhimpun di tengah padang dalam Stadium UTeM sambil diapit oleh wakil-wakil kontinjen yang turut membawa bendera universiti masing-masing. Ikrar beliau berbunyi:

Bahawasanya kami berikrar
Akan mengambil bahagian
Di dalam Kejohanan Sukan Staf Universiti Malaysia Kali Ke-36
Dengan bersungguh-sungguh
Mematuhi segala peraturan
Dan undang-undang
Dengan penuh semangat kesukanan.


Seterusnya Datuk Ir. Hj. Ahmad Zaidee Laidin diiringi ahli Lembaga Pengarah UTeM yang lain diperkenalkan kepada ketua-ketua kontinjen. Pada masa yang sama, beliau turut menyampaikan cenderamata kepada ketua-ketua kontinjen yang berkenaan.

Sebaik selesai, diadakan persembahan kebudayaan oleh pelajar-pelajar UTeM secara medley berupa tarian Iraq, tarian India, tarian kipas Cina, tarian mangunatip daripada pelajar persatuan anak-anak Sabah dan Sarawak, tarian Portugis, tarian zapin budi, tarian dondang sayang mambo dan diakhiri dengan tarian serampang laut.

Sebaik selesai tarian, acara yang ditunggu-tunggu oleh tetamu yang hadir pada malam itu ialah persembahan bunga api.

Majlis yang dihadiri kira-kira 3,000 orang tetamu ini berakhir pada jam 11.00 malam.


Persembahan bunga api sedang berlangsung.


Persembahan bunga api ini menarik perhatian para tetamu.


Dari kiri Halim, Zuraidah, Shima dan Idayu.


Dari kiri Zuraidah, Shima, Halim, Muaat, Siddiq dan Mohd Mawardi.


Sebahagian daripada para peserta bersama kontinjen masing-masing.


Sambil berbaris mereka berkenal-kenalan di antara peserta.


Sebahagian ahli Jawatankuasa Jamuan Majlis, Makan & Minum.


Dari kiri Rohana, Sabariah, Shima, Zuraidah dan Idayu.


AJK Jamuan Majlis, Makan & Minum berbincang beberapa perkara penting.


Bacaan ikrar oleh Encik Shahran Moksen.


Wakil-wakil kontinjen turut bersama melafazkan ikrar.


Datuk Ir. Hj. Ahmad Zaidee Laidin diperkenalkan kepada ketua-ketua kontinjen.


Shima @ Cik Merah Jambu bergambar dengan si-kecil Nur Ainul Mardhiah.


Nur Ainul Mardhiah, puteri kepada Norhairol dan Rohana, staf perpustakaan.


Bersemangat membawa bendera UTeM.


Persembahan kebudayaan.


Petugas mengagih-agihkan makanan kepada wakil atlet.


Petugas bersedia di tempat khas melayan tetamu.


Sebahagian daripada kontinjen yang hadir di dalam majlis perasmian SUKUM Ke-36.


Acara persembahan bunga api sedang berlangsung.


Zuraidah, Nor Ridzuan dan Siddiq tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan bunga api.


Pertunjukan bunga api yang pelbagai bentuk dan warna.


Menarik sungguh.


Petugas berbincang cara membahagikan makananan kepada atlet.


Sebahagian peserta mengambil makanan yang disediakan.


Apa sahaja gurauan Encik Arman tu kepada petugas...


Alahai...


Peserta membahagikan makanan yang diterima.


Peserta dari UMT.


Peserta dari Unimap.


Petugas membantu mengagihkan makanan.


Peserta dari UTeM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan