Rabu, Julai 13, 2011

Menjadi Petugas SUKUM Ke-36


Bagi menjayakan Kejohanan Sukan Staf antara Universiti-Universiti Awam Malaysia atau SUKUM, UTeM telah membentuk 21 jawatankuasa yang berfungsi agar perjalanan acara program dari mula hingga akhir berjalan dengan lancar dan teratur. Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut ialah:

Jawatankuasa Sambutan & Protokol
Jawatankuasa Perkampungan Sukan
Jawatankuasa Pengangkutan, Prasarana & Kemudahan
Jawatankuasa Jamuan Majlis, Makan & Minum
Jawatankuasa Hadiah & Cenderamata
Jawatankuasa Tajaan dan Sumbangan
Jawatankuasa Penerbitan
Jawatankuasa ICT, Pendaftaran & Akreditasi
Jawatankuasa Promosi, Rakaman & Multimedia
Jawatankuasa Majlis Perasmian dan Penutup
Jawatankuasa Persembahan
Jawatankuasa Sukarelawan
Jawatankuasa Kecemasan & Perubatan
Jawatankuasa Keselamatan
Jawatankuasa Lawatan
Jawatankuasa Perolehan
Jawatankuasa Sekretariat
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
Jawatankuasa Penyediaan Atlet
Jawatankuasa Anugerah Khas
Jawatankuasa Pertandingan Jemputan








Bagi kami yang berada di dalam Jawatankuasa Jamuan Majlis, Makan & Minum, perancangan teliti sangat perlu. Jumlah peserta dan lokasi pertandingan menjadi asas perkiraan kami kerana jawatankuasa ini perlu memesan dan membekalkan makanan kepada petugas seperti pengadil, pegawai teknikal, perubatan dan sukarelawan setiap hari sepanjang kejohanan ini berlangsung.





Seawal jam 6.15 pagi, kami sudahpun berada di Ruang Pemunggahan, Unit Perolehan untuk memastikan bekalan makanan untuk petugas dan sukarelawan sudah diterima daripada pembekal makanan dan diagih-agihkan kepada petugas dan sukarelawan di tempat pertandingan mengikut jumlah yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa. Ada hari-hari tertentu pesanan makanan mencapai sehingga 700 bungkus sehari.







Bekalan makanan kepada petugas akan dihantar 3 kali sehari iaitu pada jam 7.00 hingga 8.00 pagi, 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang dan 6.00 hingga 7.00 malam. Tugas kami hanya selesai pada jam 7.00 malam setelah semua bekalan makanan dapat dihantar kepada petugas dan sukarelawan.





Dengan berbekalkan anggota seramai 21 orang petugas di dalam Jawatankuasa Jamuan Majlis, Makan & Minum, kami berhadapan dengan aduan-aduan daripada petugas seperti makanan yang diterima lewat, tidak cukup dan juga makanan berbau. Namun begitu segala aduan kami terima dengan hati terbuka dan cuba memperbaiki kelemahan agar mencapai tahap kepuasan pelanggan.





Inilah julung kali UTeM dipilih sebagai penganjur kejohanan kali ke-36 yang berlangsung dari 8 hingga 17 Julai 2011. Bukan mudah menjadi tuan rumah kepada 21 pasukan yang mengambil bahagian seperti KPT, UTeM, USM, UM, UKM, UPM, UTM, UUM, UiTM,UIAM UNIMAS, UMS, UPSI, USIM, UMT,UTHM, UMP, UNIMAP, UNISZA, UMK dan UPNM malah 21 acara yang dipertandingkan juga harus disusun dengan teliti.





Syabas kepada ahli di dalam Jawatankuasa Jamuan Majlis, Makan & Minum yang sentiasa berbincang dan mengambil segala masalah sebagai peluang untuk penambahbaikan perkhidmatan agar nama universiti sentiasa harum di mata dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan