Ahad, Ogos 19, 2012

Jalan Raya Hari Pertama

Misi beraya kali ini ialah ingin mencari saudara-mara khususnya mereka yang lebih tua dan berumur. Selepas beraya di rumah Mak Bedah, kami singgah ke rumah Mak Ngah Norsiah. Mak Ngah Norsiah merupakan adik kepada Mak Bedah dan mereka hanya tiga beradik.

Selepas bersalaman, kami dijamu dengan kuih raya. Hari pertama beraya memang begitu. Semua rumah akan menyediakan ketupat dan rendang serta sambal. Perut mana yang dapat menerimanya. So, aku mencuba pelbagai kuih raya yang dihidangkan.

Jam 3.00 petang, kami ke rumah Bibik Empah. Bibik merupakan kakak kepada Hj. Ayup dan mereka berdua sahaja yang masih dipanjangkan umur dalam keluarga Mak Sulong. Kami berbual maklumlah jarang berjumpa.

Selepas itu, kami ke rumah Mak Itam. Mak Itam ialah biras kepada ayah. Beliau merupakan ibu tunggal dan membesarkan anak-anak selepas kematian suaminya beberapa tahun yang lalu. Alhamdulillah, anak-anaknya semuanya sudah bekerja dan berkeluarga.

Jam 5.00 petang, kami singgah di rumah Busu Jamil. Busu Jamil merupakan adik bungsu kepada Mak Munah. Mereka adalah di antara ahli keluarga yang wajib dilawati pada hari raya pertama. Kami dijamu dengan ketupat dan rendang serta kuih-muih.

Lewat petang, kami pulang ke rumah. Misi hari pertama berjaya tetapi tidak dapat bergambar bersama ahli keluarga di sebelah Peringgit.

Sukar untuk mendapatkan apa yang kita inginkan serentak tetapi aku berpendirian, pilihlah mana yang sempat.

Semoga Syawal kali ini menjadi landasan untuk kami sekeluarga menjalin ukhwah dan ikat persaudaraan sesama ahli keluarga.


Miza menaiki buaian di rumah Bibik.


Alim juga bermain buaian.


Beraya di rumah Busu Jamil.


Bagi duit raya.


Bersembang.


Bersalaman dengan tuan rumah sewaktu nak balik rumah.


Alim dengan kasut barunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan