Sebaik diberikan tugas menyediakan kertas kerja Program Bicara Tokoh, aku segera mencari beberapa orang individu yang aku percaya dapat membantu aku merealisasikan program ini menjadi kenyataan. Hasliza Mohamed dan Noraini Mohd Nor, rakan pustakawan yang aku percaya boleh bekerja keras kerana keduanya masih belum berkeluarga. Aku segera mengadakan perbincangan awal dengan kedua-duanya dan seperti yang aku duga, ianya positif.
Di internet, aku mencari dan membaca latarbelakang dan hasil penulisan Prof. Dato' Dr. Sidek bin Baba. Aku melihat gambar-gambar kejayaan dan penganugerahan yang beliau terima di laman-laman web tertentu. Aku mencari nombor telefon Prof. Dato' Dr. Sidek bin Baba melalui INSTED dan menelefon beliau bagi membuat sesuatu keputusan tentang program Bicara Tokoh.
Melalui perbualan, aku dapat membuat kesimpulan beliau seorang yang sederhana dari segi protokolnya dan senang berurusan dengannya. Semasa perjalanan pulang ke rumah, setiap hari Isnin, jam 5.15 petang, aku akan mendengar siaran Radio IKIM.fm di mana Prof. Dato' Dr. Sidek bin Baba akan ditemuramah oleh DJ Radio IKIM.fm dalam rancangan Keluarga Sakinah.
Bagi mengetahui latarbelakangnya keluarganya, aku ke kedai buku untuk mencari buku tulisan beliau berjudul Seteguh Tekad. Akhirnya, pada 6 Oktober 2010, aku menyambut beliau semasa beliau sampai di Perpustakaan UTeM bagi menghadiri Program Bicara Tokoh.
Pertama kali bersua, nyata beliau senang diajak berbicara dan tidak banyak kerenah.
"Sheikh, terima kasih ya..,"
Begitulah ucapan beliau di akhir program semasa bersalaman dengan aku sebelum beredar dari majlis. Aku sempat membeli sebuah buku berjudul Keluarga Sakinah dan meminta beliau menandatanganinya dan di kesempatan itu, aku juga bergambar kenangan bersama beliau.
Kenangan manis ini tidak akan aku lupakan sampai bila-bila dan kepada Prof. Dato' Dr. Sidek bin Baba, aku ucapkan semoga terus maju jaya...
Biodata Ringkas Prof. Dato' Dr. Sidek bin Baba
Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba dilahirkan pada 12 Jun 1946 di Kg. Pulau,Masjid Tanah Melaka. Mendapat pendidikan awal dan menengah di Melaka. Melanjutkan pengajian perguruan di MPSI, Tanjung Malim dan kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu. Kemudian menyambung pengajian di UKM dalam Diploma Pengajian Islam. Seterusnya ke Amerika Syarikat dalam bidang Sarjana Sains Pendidikan dan Doktor Pendidikan dalam bidang Kajian Dasar Pendidikan.
Aktif dalam bidang penulisan skrip drama dan cerpen serta pernah menjadi Ketua Satu PENAMA (Persatuan Penulis Negeri Melaka) dan sekarang ini menjadi Presiden NAFIS (Nadwah Persuratan Islam Malaysia). Turut aktif dalam kerja-kerja dakwah di dunia Islam dan juga di Barat.
Pernah memimpin ABIM negeri Melaka dan juga Pusat. Juga banyak menyampaikan kertas kerja mengenai Pengurusan Islam (Teori I), Integrasi dan Islamisasi Ilmu, keremajaan dan keibubapaan serta dialog tamadun dan antara agama.Menulis di ruangan Berita Harian, Utusan Malaysia dan Majalah I serta mengisi ruangan Santapan Rohani, Radio IKIM.fm dan program Santapan Minda, Selangor FM.
Selain itu, menjadi Lembaga Pengarah IKIM, Lembaga Pengarah Darul Quran Malaysia, Lembaga Pengarah IKMAS, JAKIM,Lembaga Penasihat Pendidikan Institut Integriti Malaysia, Lembaga Muafakat MARA dan Lembaga Akademi Ketamadunan.Berpengalaman sebagai guru selama 18 tahun dan pensyarah di Institut Aminuddin Baki selama 5 tahun. Dilantik sebagai Timbalan Dekan Akademik Pusat Matrikulasi UIA dan Dekan Pusat Matrikulasi dari 1992-1994. Dari tahun 1994-2002, menjadi Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kini, berkhidmat sebagai Profesor Pendidikan di UIAM dan menetap di Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Salam.
BalasPadamtumpang tanya, macam mana nak hubungi prof. dr. sidek baba?
sy sedang menjalankan tugasan mengenai Tokoh Pendidikan, jadi, saya bersama ahli kumpulan telah bercadang untuk mengambil prof sidek sebagai tokoh pendidikan negara.
assignment kami perlu submit pada 14 April 2011
kalau tk keberatan, blh en. bantu kami?
syukran, jzk.
semoga Allah merahmati en.