Ahad, Oktober 24, 2010

Ulangtahun Perkahwinan Ke-15

23 Oktober 2010. Tengah hari itu, sebaik aku keluar bilik, anak-anak sudahpun bersedia di pintu dan meminta aku dan Ida menutup mata. Bagi memastikan kami berdua benar-benar tidak nampak, mereka menutup mata kami dengan sehelai kain tudung.

"Kejutan apa ini?", bisik hatiku. Hati tertanya-tanya apa pula suprise yang bakal dibuat oleh anak-anak. Yang hairannya keempat-empat anak ini sepakat.

"OK. Sekarang baru boleh buka mata..", kata Ifa.

Akhirnya kain yang menutupi mata dibuka. Semua bersorak.

"Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke-15, emak dan ayah...", ucap Ifa dan Arif diikuti Miza dan Alim. Mereka kemudiannya bersalaman dengan kami. Keempat-empatnya lantas bersama-sama menghulurkan hadiah.

Sungguh terharu melihatkan suasana ketika itu.

Arif dan Ifa kemudian membuka kotak kek dan memasang lilin. Kami berdua bersama-sama memegang pisau plastik pemotong kek dan kemudian meniup lilin. Mereka kemudian bertepuk tangan. Kek berwarna cokelat itu dipotong dan dibahagi-bahagikan.

Sekeping kad ucapan diserahkan untuk aku baca. Happy Aniversary To A Special Mum & Dad. Kata-kata penghargaan dan terima kasih kerana membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang. Itulah ucapan daripada Arif, Ifa, Miza dan Alim dalam kad ucapan tersebut.

Hadiah yang diberikan aku buka depan mereka. Sekeping frame gambar dan juga mug besar. Lebih aku teruja ialah ungkapan di sisi mug tersebut berbunyi, "Behind every successful person is a loving family".

Sebenarnya jika dikira ulangtahun perkahwinan aku jatuh pada 21 Oktober setiap tahun dan tahun ini aku tidak dapat meraikannya kerana terpaksa menghadiri program di Kuala Lumpur. So, sambutan ini kira belatedlah...

Memang pandai anak-anak aku ni berlakon. Mereka bergabung tenaga dan bersama-sama mengumpul duit sekolah dan donate seorang sedikit buat beli hadiah. Mereka berpakat dengan Mak Andak untuk buat surprise. Kejutan yang baik tidak mengapa...

"Terima kasih buat semua anak-anak ayah dan mak kerana mengingati ulangtahun perkahwinan kami", ucapkan aku kepada mereka berempat.

Aku berdoa semoga ikatan perkahwinan ini akan terus kekal selama-lamanya dan kesejahteraan dan kejayaan buat kami seisi keluarga.

Amin...

















2 ulasan:

  1. huh terharu mbace entri ini.. so sweet...!

    BalasPadam
  2. Terima kasih..tu sebagai contoh wat mereka bakal bergelar suami isteri...

    BalasPadam