Pagi ini aku bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu program yang telah dirancangkan kira-kira dua bulan lalu oleh Pusat Latihan Kepimpinan, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Di antara objektif program ini diadakan ialah memastikan sesebuah universiti mampu untuk mempelajari kaedah baru mencipta nilai terhadap stakeholder melalui kaedah inovasi, pembaikan kepada proses dan mengelakkan pembaziran. Ia juga merupakan salah satu kaedah dalam meningkatkan kebolehan dan kepuasan hati pekerja dalam membentuk kolaborasi dengan warga akademik.

Empat sesi ceramah dan bengkel diadakan. Pada hari pertama, ceramah 1 bertajuk Total Quality Management (TQM), Six Sigma and Lean - different Roadmaps to Excellence berakhir dengan bengkel bertajuk Is Lean Relevant for University Administration? Di sini peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka diminta menyenaraikan bentuk-bentuk pembaziran yang berlaku di universiti secara kolektif.
Pada sebelah petang, ceramah 2 merupakan sambungan kepada tajuk ceramah sebelumnya iaitu Total Quality Management (TQM), Six Sigma and Lean - different Roadmaps to Excellence dengan bengkel bertajuk Use of a selected Roadmap to Excellence di mana peserta perlu memilih satu model pengurusan dan mencipta jalan penyelesaiannya.
Secara ringkasnya konsep lean thinking ini diambil daripada konsep lean manufacturing atau lean production iaitu corak atau sistem pengeluaran di mana menganggap perbelanjaan atau pengunaan sumber yang lain daripada tujuan menambah nilai terhadap pelanggan sebagai punca pembaziran dan perlu dihapuskan.

Prinsip Lean (smooth/no fat) pada asalnya telah diperkenalkan oleh industri pembuatan Jepun. Istilah ini telah dijenamakan oleh Professor James P. Womack dan jururunding Daniel T.Jones yang meluangkan banyak masa untuk menganalisa kejayaan syarikat Jepun selepas perang dunia kedua dan telah membukukan kajian mereka di dalam buku berjudul 'Lean Thinking' (1989).
Bagi kebanyakan pihak, Lean adalah alat yang digunakan untuk membantu mengenalpasti dan menghapuskan pembaziran atau Muda. Muda ialah istilah dalam bahasa Jepun yang bermaksud aktiviti yang membazir dan tidak menambahnilai ataupun tidak produktif. Proses yang bernilai tambah adalah proses yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang sedia dibayar oleh pelanggan.Proses akan menggunakan segala sumber dan pembaziran akan berlaku apabila sumber-sumber tersebut digunakan berlebihan daripada kuantiti sebenar untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan tersebut seperti yang dikehendaki oleh pelanggan.
Punca pembaziran dihapuskan dan secara langsung berlaku peningkatan kualiti dan pengurangan masa pengeluaran dan kos. Antara alat atau teknik yang digunakan adalah Value Stream Mapping,5S,Kanban(Pull systems)dan poka yoke (mistake proofing).

Pihak pengurusan Toyota melihat kaedah yang sebenarnya bagi melaksanakan Lean bukan terletak pada alatnya tetapi bagaimana untuk mengurangkan 3 jenis pembaziran iaitu Muda(kerja yang tidak menambah nilai), muri(terlebih beban/kapasiti) dan mura (ketidakseragaman) yang digunakan untuk mendedahkan masalah melalui sistem.
Mengikut Toyota, 7 jenis punca pembaziran adalah seperti berikut:-
1.Pengangkutan contohnya mengangkut produk yang sebenarnya tidak diperlukan dalam melaksanakan proses pengeluaran.
2.Inventori, semua stok material, stok diproses termasuklah produk siap yang belum dipasarkan.
3.Pergerakan, pekerja atau mesin yang bergerak atau berjalan melebihi keperluan dalam proses pembuatan.
4.Menunggu dan terus menunggu untuk melakukan kerja seterusnya.
5.Lebihan pengeluaran iaitu pengeluaran yang melebihi permintaan.
6.Lebihan proses yang berlaku disebabkan oleh kelemahan alatan atau rekaan.
7.Kecacatan (defect) iaitu usaha untuk mengasingkan, memeriksa dan membaiki kecacatan.

Contohnya :
Kereta tidak boleh dihidupkan (masalah).
1.Why? – Bateri rosak.
2.Why? - Alternator tidak berfungsi.
3.Why? - Belting alternator telah rosak.
4.Why? – Jangka hayat penggunaan belting alternator telah tamat dan tidak ditukar ganti.
5.Why? – Saya tidak membuat servis ke atas kereta seperti dinyatakan oleh jadual servis (root cause-atau punca sebenar)

Bagi meningkatkan keberkesanan teknik ini soalan yang ditanya hendaklah tepat dan berkait dengan punca sebelumnya. Kebiasaannya teknik 5 Why ini digunakan oleh QC/Trouble shooter untuk mencari punca (occurance cause)berlakunya kecacatan dan punca terlepas/melepasi (outflow cause) proses pemeriksaan. Melalui teknik ini penambahbaikan dapat dilakukan ke atas hardware seperti mesin, peralatan, manusia dan sebagainya di samping software seperti dokumentasi, SOP, Arahan Kerja dan lain-lain lagi. Di antara kaedah Roadmap yang boleh digunakan ialah melalui TQM, Six-Sigma ataupun Lean Production.
Hari Kedua
Pada sebelah pagi hari kedua, sebelum ceramah bermula, Timbalan Pengarah, Pusat Latihan Kepimpinan AKEPT, Dato' Nooraishah bt. Ahmad Tajuddin mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk mengalu-alukan kehadiran peserta dan berharap setiap peserta dapat menyalurkan maklumbalas dari segi pendapat dan pandangan kepada AKEPT agar ianya dapat disalurkan kepada Menteri Pengajian Tinggi.
Sebaik selesai ceramah 3, penceramah bertanyakan sama ada peserta ingin berbincang tentang isu-isu dan cabaran yang dilontarkan oleh Dato' Nooraishah bt. Ahmad Tajuddin dan majoriti peserta bersetuju.
Pada sebelah petang, ceramah 4 bertajuk Motivation and Commitment For Change: Enculturation Quality and Lean Thinking Through Focused Self-assessment and Policy Deployment (Danish, Swedish & Italian Cases) disampaikan oleh Prof. Dr. Jens Jorn Dahlgaard.

Lokasi The Saujana, Kuala Lumpur.
Tuan, saya mohon jasa baik tuan jika ada nota dlm bentuk pdf atau slide tentang lean management. . Tolong hantar ke email saya kurt_fansuri@yahoo.com. tq
BalasPadam