Akhirnya setelah hampir satu setengah bulan membuat persiapan, segala-galanya terjawab pada 6 Oktober 2010. Program Bicara Tokoh dan Majlis Perasmian Penutup Festival Membaca 2010 anjuran Perpustakaan UTeM dapat disempurnakan dengan baik berkat kesepakatan semua pihak.
Festival Membaca 2010 membariskan beberapa aktiviti yang dikendalikan oleh individu-individu tertentu bersama jawatankuasa masing-masing seperti Teka Berat Buku dan Teka Silang Kata (Nor Ridzuan), Pertandingan Sudut Bacaan PTj/Fakulti (Rasida), Exploread (Mohd Mawardi), Jumble Sale (Mahadir), Bercerita Buku Kegemaran Saya (Norfazlin), Pertandingan Mewarna (Zuraidah), Spell It Right (Norlian), Bijak Jawi (Azman@Ustaz), Bicara Ilmu (Arman) dan Bicara Tokoh (Azman).
Bagi Program Bicara Tokoh, sejak satu setengah bulan yang lalu, aku telah membentuk satu jawatankuasa kecil yang akan membantu memastikan semua keperluan untuk mengadakan program ini dapat disediakan mengikut jadual. Beberapa siri perbincangan dan mesyuarat diadakan supaya pihak-pihak berkenaan telahpun menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.
Di dalam Jawatankuasa Bicara Tokoh, mereka yang banyak membantu aku ialah individu-individu seperti Hasliza Mohamed, Noraini Mohd Noor, Mohd Nasir Hashim, Noor Rahman Jamiah Jalil, Kamariah Kamis, Fatilah Ramly dan Nor Ridzuan S. Kasehan. Namun begitu program ini juga mendapat sentuhan daripada Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana Festival Membaca 2010 serta individu-individu lain di perpustakaan.
Pada hari Jumaat, 1 Oktober 2010, aku diminta oleh Engr. Prof. Dr. Marizan bin Sulaiman, Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UTeM yang juga merupakan pemudahcara yang dilantik untuk program ini berjumpa beliau untuk mengetahui apakah tindakan yang bakal beliau lakukan untuk membantu menjayakan program ini. Aku diiringi Hasliza Mohamed berjumpa dengan beliau dan berbincang tentang tindakan-tindakan yang akan beliau laksanakan sebagai pemudahcara. Beberapa soalan untuk tokoh jemputan sudah aku sediakan.
Sehari sebelum program berjalan, satu perbincangan dengan ahli jawatankuasa pelaksana telah diadakan bagi menerangkan perjalanan majlis. Setelah kesemuanya faham, aku melihat kepada persiapan tempat seperti pentas, peralatan siar raya, kerusi, settee, khemah, tempat jamuan dan sebagainya.
Pada 6 Oktober 2010, lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, Engr. Prof. Dr. Marizan bin Sulaiman datang ke Ruang Legar Perpustakaan untuk melihat persiapan tempat dan mendapatkan maklumat terkini berkenaan tugas beliau sebagai pemudahcara. Aku bersama Salleh Mohd Nor, pengacara majlis cuba meyakinkan beliau tentang peranan yang akan beliau mainkan semasa acara berlangsung.
Sejam sebelum berlangsungnya Bicara Tokoh, aku menghubungi Prof. Dato' Dr. Sidek bin Baba yang dalam perjalanan ke UTeM dan beliau meminta aku menyediakan laptop dan projektor lcd bagi memudahkan beliau menyampaikan bicaranya berbantukan persembahan slaid.
Aku segera meminta Shazley membantu dan tidak berasa cuak walaupun masa semakin singkat. Aku rasa yakin bahawa aku boleh melaksanakan permintaan beliau bagi menjayakan program ini. Konsep persembahan terpaksa ditukar. Daripada berbentuk soal-jawab kepada berbentuk ceramah. Semuanya dapat dilaksanakan dengan baik.
Akhirnya semuanya terjawab. Cahaya luar yang terang di Ruang Legar membuatkan slaid kurang terang tetapi itulah yang mampu disediakan. Namun begitu, berkat kerjasama, persiapan berjalan lancar dan mujurlah semasa aku menerima slaid, hanya ada tiga atau empat keping slaid persembahan dalam fail powerpoint itu.
Yang sebenar-benar menarik perhatian peserta pada masa Bicara Tokoh berlangsung ialah cara penyampaian Prof. Dato' Dr. Sidek bin Baba itu sendiri bukan slaid.
Inilah satu pengalaman yang mematangkan kami membentuk kerja berpasukan yang akhirnya membuahkan kejayaan manis buat semua. Terima kasih kepada individu-individu yang bekerja keras di belakang aku sebagai penyelaras program membantu menyediakan segala persiapan sehingga program ini selesai.
Dan seperti biasa, ungkapan aku, united we stand, divided we fall...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan