Sebaik selesai meraikan majlis ringkas sambutan ulangtahun perkahwinan kami, giliran aku pula membuat surprise.
Pagi tadi aku ke sebuah kedai telekomunikasi di Batu Berendam untuk membeli sebuah telefon bimbit. Setelah membelek-belek beberapa buah telefon, aku akhirnya bersetuju memilih telefon bimbit jenis gelungsur. Boleh tahan juga harganya tetapi itulah yang ingin aku hadiahkan kepada Ifa.
Hari ini juga menjadi satu sejarah bagi Ifa kerana memiliki telefon bimbitnya sendiri. Telefon bimbit berjenama Nokia X3 ini memiliki gajet-gajet yang bersesuaian dengan teknologi masa kini dan menarik dari segi rekabentuknya.
Sewaktu mengumumkan hadiah itu, senyuman Ifa meleret. Aku tahu itu yang diingini selama ini dan aku buat-buat tidak mendengarnya. Tapi hari ini ianya menjadi kenyataan.
Sebenarnya faktor utama pembelian telefon bimbit ini ialah bagi memudahkan komunikasi terutama semasa menghantar dan mengambilnya ke pusat tuisyen. Walau bagaimanapun ada 'perjanjian' di antara aku dengan Ifa semasa menyerahkan telefon bimbit tersebut dan beliau bersetuju dengan 'perjanjian' tersebut. Macam biasalah, kena rajin, kena lulus peperiksaan dan sebagainya.
"Terima kasih ayah dan emak...", ucap Ifa perlahan.
Dulu Arif juga aku hadiahkan sebuah telefon bimbit tetapi tidak lama kemudian telefon bimbitnya hilang kerana ada yang 'berkenan' sewaktu menghadiri kelas tuisyen. Akhirnya Arif membeli semula telefon bimbitnya sendiri dengan mengumpul wang saku yang aku berikan kepadanya setiap pagi.
Diharapkan Ifa tidak leka dengan telefon baru itu dan berharap ia menjadi perangsang kepadanya untuk terus berjaya. Benda baru memang macam itu....
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
thx mak ngn ayh..!!
BalasPadam