14 Oktober 2010. Jam 1.00 tengah hari sebaik selesai perbincangan KIK, aku bergegas ke Melaka fm di Jalan Taming Sari. Petang ini aku perlu menghadiri slot temubual Bicara Agensi yang dirancangkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).
Jika mengikut jadual asal, tarikh slot temubual yang dirancangkan ialah pada 18 November 2010 tetapi dipercepatkan kerana sebab-sebab tertentu. Namun begitu ianya tidak menjadi masalah kepada aku.
Tujuan utama program ini dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang tepat mengenai aktiviti serta perkhidmatan PERPUSTAM di samping menyampaikan informasi berkaitan dengan bidang kepustakawanan kepada masyarakat negeri Melaka khususnya pendengar radio Melaka fm.
Dalam masa setengah jam, aku sudahpun berada di bangunan Melaka fm. Sewaktu melangkah masuk ke konti, aku bertemu dengan Puan Nurul Hidayah Che Man, Ketua Bahagian Gerakan Literasi Maklumat yang juga penyelaras program ini. Turut sama ialah Muhammad Zaidee, Yati dan staf Unit Rakaman, Aziz.
Sementara menunggu masa 'on air', aku dan DJ Lijah berbual-bual sambil bertanyakan latar belakang aku. Puan Nurul Hidayah memantau perjalanan slot temubual yang berlangsung petang itu manakala Aziz merakamkan video sementara Zaidee merakamkan gambar foto. Mungkin untuk arkib PERPUSTAM agaknya.
"Encik Azman ada nak pilih lagu tak?", soal DJ Lijah sambil melihat ke skrin komputer di depan beliau.
"Maher Zain, ada?", balas aku kembali.
"Maher Zain, Insya Allah, ok?", tanya beliau kembali sambil meminta pengesahan.
Aku mengangguk.
Tepat jam 2.00 petang, DJ Lijah memulakan intro program dan memulakan pertanyaan dengan bertanyakan tentang latar belakang kerjaya kepustakawanan aku. Mula-mula tu macam nervous tetapi selepas beberapa minit, temubual berjalan dengan lancar.
Antara soalan yang ditanyakan kepada aku ialah kerjaya kepustakawanan dan di mana graduan dihasilkan, tugas dan tanggungjawab pustakawan, kriteria yang diperlukan untuk menjadi pustakawan dan bagaimana pustakawan kehidupan terutama dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.
Selain daripada itu, soalan berkenaan bentuk-bentuk kerjasama yang boleh diwujudkan oleh pustakawan dalam memajukan bidang kepustakawanan serta soalan yang terakhir tentang harapan dan nasihat kepada anak-anak muda yang ingin menceburi bidang tersebut.
Hampir 25 minit perbualan 'on air' adalah berkisar kepada kerjaya kepustakawanan. DJ Lijah kemudian beralih kepada seorang pelajar, adik Farah Al Wani daripada SMK Teknik Bukit Piatu untuk memperkenalkan buku dan ringkasan cerita sebelum membacakan soalan kuiz.
Petang itu, ada tiga pemanggil yang meneka jawapan kuiz tetapi hanya dua orang pemenang sahaja yang berjaya.
Pukul 2.40 petang, sebaik slot temubual selesai, kami ke satu ruangan untuk bergambar bersama cenderahati yang disampaikan oleh Puan Nurul Hidayah.
Setelah selesai kami menjamu selera di Restoran Mata Kucing yang terletak betul-betul berhadapan dengan bangunan Melaka fm.
Pengalaman diberikan peluang 'on air' memang menyeronokkan kerana disiarkan secara live dan yang paling menyeronokkan lagi, rakan-rakan sekerja memberikan sokongan padu.
Terima kasih PERPUSTAM, terima kasih Melaka fm....
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
wahhh..masuk radio melaka ek?..something that can be proud of.. :)
BalasPadamTerima kasih...
BalasPadam