Rabu, Oktober 27, 2010

Latihan RFID

Rabu, 27 Oktober 2010. Hari ini satu latihan tentang penggunaan teknologi sistem radio frequency identification (RFID) telah diadakan di Perpustakaan UTeM. Sesi latihan dijalankan oleh Pintaran IT Sdn. Bhd. sebagai memenuhi tawaran projek RFID yang ditawarkan kepada syarikat tersebut.

Skop latihan tertumpu kepada cara-cara menampal tag RFID, mengimbas buku yang sudah ditampal tag RFID, keselamatan bahan daripada pinjaman tidak sah dan penggunaan mesin layan diri. Latihan ini dijalankan oleh Jurutera Perisian Pintaran IT Sdn. Bhd. iaitu Mr. Heng Lee Kai.

Seramai 57 orang staf perpustakaan terlibat dengan latihan ini. Sebanyak 4 sesi latihan diadakan dan tempoh masa latihan bagi setiap kumpulan ialah selama 1 jam. Sesi Kumpulan 1 ialah dari jam 9.00 hingga 10.00 pagi manakala sesi Kumpulan 2 pula dari jam 10.30 hingga 11.30 pagi.

Pada sebelah petang, sesi Kumpulan 3 diadakan iaitu dari jam 2.00 hingga 3.00 petang. Sesi terakhir iaitu Kumpulan 4 diadakan pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam4.30 petang.

Aku menyertai Kumpulan 2 dan dalam kumpulan ini ada seramai 13 orang staf. Masing-masing tekun dengan penerangan daripada Mr. Heng dan sentiasa bertanya untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang latihan ini.

Semoga dengan latihan ini, staf perpustakaan akan menjadi lebih mahir dengan teknologi terkini sistem RFID dan seterusnya membawa perpustakaan ke mercu kejayaan.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan