Hari Sabtu, 2 Oktober 2010. Jam 1.00 tengah hari, kenderaan yang kami naiki sekeluarga dan dua buah kereta lagi yang dipandu Suriati dan Azmi bergerak secara berkonvoi ke Bukit Rambai. Destinasi kami ialah menuju ke majlis perkahwinan staf Ida, Rabiatul Itri.
Hampir jam 2.00 petang, kami sampai di sana. Secara kebetulan semasa kami tiba, kedua mempelai bersiap sedia diarak dengan paluan kompang. Sambil menjamu selera, kami dapat melihat kedua mempelai diarak masuk ke ruang tamu dan disandingkan di pelaminan. Pukul 2.30 petang, kami bergerak ke Masjid Alor Gajah.
Kami sampai jam 3.15 petang. Di sana kami menghadiri majlis perkahwinan anak Haji Abu Bakar Dewa yang dijalankan di dalam dewan. Azmi sekeluarga meminta diri kerana mereka perlu bergerak ke Seremban untuk menghadiri majlis rumah terbuka pegawai beliau.
Pukul 4.00 petang, kami bergerak ke Taman Bidara Palma, Tanjung Bidara. Kami beraya di rumah Shardizaman, staf Ida. Setiap tahun beliau menjemput berkunjung ke rumahnya tetapi hanya pada tahun ini sahaja kami berkesempatan. Kami dijamu dengan laksa. Pukul 5.30 petang, kami bergerak ke satu lagi lokasi iaitu di Bandar Masjid Tanah. Kami ke rumah Zaharah, juga staf Ida. Di sana kami dijamu dengan kuih-kuih raya.
Sewaktu duduk berbual, aku terpandang sekeping gambar dengan logo UTeM tergantung pada dinding rumah beliau. Beliau menjelaskan itu adalah gambar foto anaknya sewaktu menerima diploma setelah menamatkan pengajian di UTeM dua tahun lalu. Pukul 6.15 petang, kami bergerak pulang dan sampai jam 8.00 malam.
Sewaktu duduk menonton Buletin Utama malam itu, satu maklumat terpapar di skrin TV iaitu seorang pelajar UTeM maut sewaktu berkonvoi dengan beberapa orang rakan lain ke Muar untuk menghadiri majlis rumah terbuka rakan mereka. Kejadian berlaku di Lebuh AMJ dekat Serkam. Takziah buat keluarga pelajar malang yang berasal dari Sabah itu.
Ahad, 3 Oktober 2010. Pagi ini seperti biasa aku menguruskan anak-anak ke kelas pengajian tahfiz di Masjid Al-Azim. Kemudian aku balik semula ke rumah dan ke Terminal Bas Melaka Central bersama Ida dan Alim untuk menghantar Mak Munah. Beliau ingin ke rumah anaknya, Roziah di Putra Heights, USJ.
Selepas mengambil anak-anak dari kelas, kami kembali ke rumah. Pukul 1.30 petang, kami sekeluarga ke rumah seorang rakan, Rosli Adnan di Kg. Telok, Bukit Katil untuk menghadiri majlis perkahwinan anak beliau, Mohd Asri. Pukul 2.30 petang, kami sekeluarga bergerak ke Taman Kesang Jaya untuk menghadiri majlis rumah terbuka Fendi, staf Perpustakaan UTeM.
Menurut Fendi, rumah yang didudukinya dibeli daripada seorang pembeli asal beberapa bulan lalu setelah lebih setahun menyewa rumah di sebuah kawasan perumahan di Batu Berendam. Melihat kepada kawasan perumahan yang diduduki sekarang, penduduknya ramai daripada staf UTeM dan mereka mempunyai semangat kejiranan yang tinggi.
Pukul 4.00 petang, kami meminta diri untuk pulang dan singgah di Pasar raya Mydin untuk membeli barang-barang keperluan harian di sana. Pukul 6.25 petang, kami sekeluarga bergerak pulang setelah seharian mengisi masa memenuhi undangan rakan-rakan.
Hujung minggu ini adalah antara hujung minggu yang agak memenatkan tetapi enjoy...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan