Pukul 8.00 pagi, kami menaiki dua buah kereta bergerak dari Villa No. 7 ke Meranti Coffee House untuk bersarapan pagi. Ada di antara ahli keluarga tidak mahu bersarapan di sana sebaliknya lebih selesa bersarapan di dapur.
Lebih kurang 10 minit perjalanan, kami sampai di Meranti Coffee House yang terletak beberapa meter dari lobi hotel. Anak-anak begitu teruja untuk menikmati sarapan yang disediakan. Ada roti, bubur, nasi lemak, buah-buahan, coco crunch dan sebagainya. Sederhana sahaja menu tetapi menyelerakan.
Sambil bersarapan sambil menikmati keindahan persekitaran resort ini di mana di sekelilingnya terdapat pokok-pokok kelapa sawit. Setelah puas menikmati sarapan kami, kami bertolak balik ke villa pada jam 9.15 pagi. Anak-anak sudah tidak sabar untuk mandi di kolam air gunung.
Layankan sahaja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan