Khamis, 28 April 2011. Beberapa orang staf lelaki telah diminta untuk ke Perpustakaan Kampus Industri petang itu untuk majlis bacaan Yaasin. Majlis ringkas itu dimulakan pada jam 4.45 petang setelah semua sembilan orang staf lelaki bersembahyang Asar secara berjemaah diketuai oleh Ustaz Azman Amir.
Perpustakaan Kampus Industri pernah ditinggalkan dua tahun lalu. Satu lawatan tapak ke bangunan tersebut telah diadakan pada 10 Mac 2011. Perpustakaan Kampus Industri kemudian dibuka semula kepada pengguna pada 21 April 2011. Perpustakaan ini dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam. Beberapa orang staf telah dihantar untuk bertugas secara bergilir-gilir.
Namun begitu sejak dibuka tidak ada pengguna yang sudi menjenguk perpustakaan ini memandangkan tiada kemudahan lengkap disediakan. Tiada rak buku, bilangan komputer tidak banyak, tiada kemudahan wireless dan meja untuk pengguna juga terhad.
Setelah beberapa hari beroperasi, staf bertugas mengadu 'diganggu' bunyi pelik. Antaranya bunyi cakaran pada dinding, bunyi objek bergerak dan juga ada staf yang 'diganggu' semasa ke tandas. Seorang staf khabarnya terasa 'berat' di bahagian belakangnya akibat dihinggap makhluk halus.
Staf lain pula mengadu semakin kuat dibuka bacaan Yaasin di radio, semakin kuat 'gangguan' dari makhluk tersebut. Ada staf wanita yang terpaksa menutup perpustakaan dan ke Perpustakaan Kampus Induk untuk memaklumkan gangguan tersebut.
Arahan terbaru daripada pengurusan perpustakaan, Perpustakaan Kampus Industri dibuka hingga jam 5.00 petang sahaja. Pesan Ustaz Azman di akhir majlis bacaan Yaasin, diharapkan gangguan ini tidak akan berlaku lagi dan tujuan bacaan Yaasin adalah supaya makhluk berkenaan tahu tempat ini 'dikongsi' bersama.
Sebaik selesai majlis tersebut, pintu masuk perpustakaan ditutup. Semoga Perpustakaan Kampus Industri dapat beroperasi dengan lancar pada hari mendatang...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan