Rabu, Ogos 17, 2011

Bila Bos Wanita...

Sepanjang karier inilah pertama kalinya bekerja di bawah seorang bos wanita. Sudah jadi lumrah, kebanyakan staf mungkin tidak suka mendapat bos wanita. Staf mempunyai persepsi sendiri dan mereka sering memperkatakan bahawa:



Bos wanita adalah:

a) Terlalu cerewet- sibuk dengan perkara-perkara kecil.
b) Terlalu kedekut memberi penilaian.
c) Moody.
d) Garang tidak betempat.
e) Kurang bertimbangrasa.
f) Tidak boleh buat keputusan.
g) Menjatuhkan martabat lelaki bila lelaki diperintah oleh bos wanita.
h) ’Bossy’.
i) Kelam-kabut.
j) Terlalu sensitif bila ditegur.
k) Terlalu risau dengan prestasi sendiri.
l) Takut dimalukan apabila ada kesilapan oleh orang atasan.
m) Hilang sifat penyayang untuk membuktikan dia setaraf dengan lelaki.
n) Hilang sifat keibuan dan menukarnya dengan sifat ibu tiri.
o) Berlagak hebat sebab takut orang tahu kelemahannya.


Pada pandangan bos perempuan (tidak semua):

a) Staf memang tidak suka bos perempuan.
b) Kalau bos lelaki buat salah selalunya orang atas tak endah, tapi kalau perempuan buat kesilapan kecil pun akan ketara.
c) Wujudnya ‘glass-ceiling effect’ iaitu kerja keras macam mana pun perempuan tak boleh naik tinggi kerana jawatan atasan adalah untuk lelaki.
d) Kalau tidak ’strict’ staf akan ambil kesempatan.


Apabila ini berlaku maka deritalah kedua-dua pihak, staf dan juga bos. Yang lebih parah keluarga akan menjadi mangsa kerana tension bos akan terbawa-bawa sehingga pulang ke rumah.

Betapa sukarnya seorang wanita menjadi bos berbanding dengan lelaki kerana rata-rata orang akan rasa sangsi apabila wanita yang jadi bos dan kesangsian itu akan hilang hanya setelah dia dapat membuktikan kemampuannya.

Sebaliknya lelaki pula akan diyakini jadi bos kecuali dia menunjukkan sebaliknya. Tambah menyedihkan, mereka yang tidak suka bos wanita bukan saja staf lelaki tetapi juga perempuan.

Persepsi di atas ditambah dengan fizikal yang lebih lemah dan tanggungjawab yang besar di rumah, sudah tentulah seorang wanita akan bekerja dua kali lebih berat sekiranya hendak menjadi ‘sehebat’ lelaki. Sekiranya ia berjaya, memanglah dia seorang superwoman.

Kejayaan dalam kerjaya seorang wanita kadangkala dibayar dengan kesihatan diri dan anak-anak serta keluarga semata-mata untuk mencapai pengiktirafan 'sehebat bos lelaki' atau untuk memuaskan hati pihak atasan…

Bayangkanlah sekiranya ini berlaku berapa ramai pihak yang akan terkorban pada penghujungnya?

a) Dibenci staf… staf tension, bos pun tension.
b) Dibenci anak-anak… anak-anak dendam, si ibu tambah geram.
c) Dibenci rakan-rakan… rakan-rakan mengelak, kehidupan bertambah sunyi.
d) Dibenci oleh diri sendiri kerana kesihatan yang tidak terjaga.


Perlukah semua ini berlaku?

Kata orang seorang ibu yang penyayang akan menjadi bos yang penyayang dan bertimbangrasa kepada pekerjanya. Sekiranya semua orang faham bahawa seorang wanita ada had-had tertentu dari segi fizikal dan multi-tasking yang terpaksa dilaksanakannya di rumah dan di pejabat, pekerja dan orang atasannya akan memberi sokongan sepenuhnya.

Bos atau bukan bos, yang penting kita hanya hamba Allah yang memegang amanah yang akan dipersoalkan nanti. Amanah yang tidak dilaksanakan di dunia ini tidak akan dapat digantikan walaupun dengan pahala syahid sekalipun di akhirat nanti.

Apakah yang akan jadi kepada organisasi khususnya jabatan kerajaan beberapa tahun dari sekarang kerana dalam pengambilan pegawai baru, ramai yang layak adalah perempuan.

Alangkah bahagianya hidup bila disayangi oleh semua orang!!!!

3 ulasan:

  1. saya suka2. statement jadi ibu tiri tu....kihkihkih

    BalasPadam
  2. teringat sinetron ratapan anak tiri

    BalasPadam