Selasa, Ogos 23, 2011

Terima Kasih Listac, BAKUTeM

Hari ini sewaktu sedang bertugas, kami dikunjungi oleh AJK Tugas-tugas Khas, Kelab Staf Perpustakaan UTeM (Listac), Muaat Muji. Beliau mengagih-agihkan cookies kepada semua ahli kelab yang berada di unit-unit. Beberapa minit kemudian Setiausaha Listac, Norhashimah Kolah pula mengedarkan kad ucapan hari raya kepada ahli Listac.



Semalam kami menerima sekotak kurma dan sepeket sampul wang daripada Badan Kebajikan Staf Universiti Teknikal Malaysia Melaka (BAKUTeM). Inilah inisiatif ahli jawatankuasa yang dilantik dan kami amat menghargainya.

Sebenarnya untuk dihargai ahli tidak memerlukan sesuatu yang mahal kerana kami tahu kemampuan dan kedudukan kewangan kelab. Cukuplah sekadar ahli jawatankuasa merancang dan melaksanakan aktiviti yang difikirkan memanfaatkan ahli kerana kuasa telah kami berikan perlu dianggap sebagai suatu amanah.

Terima kasih Listac! Terima kasih BAKUTeM!

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan