Khamis, Ogos 25, 2011

Operasi Keceriaan Menyambut Syawal 1432H.

Semalam staf Unit Pengindeksan dengan diterajui Puan Noraini Mohd Noor memulakan langkah menceriakan persekitaran unit. Perbincangan diadakan untuk mendapatkan idea terbaik agar segala perancangan menghasilkan kejayaan. Tema kami ialah Raya Merdeka dan Merdeka Raya, mana-manalah...

Sekitar jam 9.00 pagi, operasi keceriaan bermula. Sampul-sampul duit diketip dan digantung pada siling pejabat. Begitu juga dengan ketupat plastik yang siap dianyam juga digantung pada siling. Sofa dan meja dihias dengan kad hari raya, sampul duit dan bunga-bungaan manakala majalah di dalam kotaknya disusun rapi.

Operasi diteruskan dengan memasang lampu berwarna-warni. Persekitaran menjadi lebih menarik bila cahaya lampu di persekitaran unit disuramkan (untuk menjimatkan penggunaan elektrik, hu..hu..). Operasi ini kami buat semata-mata untuk menceriakan unit menjelang Syawal supaya staf unit mendapat feel atau mood raya.

Pagi tadi kami mendapat feedback bahawa ada unit-unit lain yang sedikit jealous dan teruja dengan persiapan yang kami buat. Sebenarnya tidaklah susah nak suruh unit lain buat seperti mana yang kami lakukan. Ini secara tidak langsung merupakan taktik psycho agar mereka juga 'bertanding' secara sihat untuk menghiaskan persekitaran unit mereka sendiri.

Semasa kami sampai pagi tadi, lampu berwarna-warni yang kami beli semalam sudah rosak. Manakan tidak, bila ditanyakan harga, rupanya harga 'cap ayam'.

Perjalanan untuk menceriakan unit diteruskan lagi. Lampu berwarna-warni ditambah di bahagian cermin tingkap. Lampu yang rosak diganti yang baru. Kekemasan dipertingkatkan.

Nun di sebelah sana, staf Unit Perolehan juga sibuk dengan operasi keceriaan unit mereka. Ada juga staf dari unit lain yang turut menyaksikan staf-staf ini menjalankan operasi mereka.

Apapun ini adalah 'persaingan' yang sihat. Mereka-mereka ini sebenarnya kreatif jika diberikan galakan.

Bagi Unit Pengindeksan, sekalung tahniah kepada semua staf yang bersatu hati mengeluarkan 'modal' dan juga terlibat dengan keceriaan khususnya Puan Noraini, Ahmad Abu Bakar, Rohana, Mi Azian, Abdul Halim, Zulfadhli, Thaqif dan Nik Syukran. We support u all...

Semakin hampir Syawal, semakin mood kerja berkurangan dan mood raya pula bertambah...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan