Pukul 11.00 pagi kami bergerak ke Ayer Keroh dan berkumpul di depan pintu masuk taman tema tersebut. Setelah tiket dibeli, kami bergerak masuk ke taman tema dan berehat di kawasan 1 Big Wave sambil mendengar hiburan dari DJ yang bertugas.
Seterusnya aku membawa anak-anak ke satu kawasan di sebelah atas iaitu Adventure Island di mana terdapat taman permainan air yang disukai kanak-kanak. Arif, Ifa dan sepupunya Aiman dan Imran sukakan yang lebih adventure seperti Wave Rider dan Kamikaze Recer serta Tornado Chase & Pendulum.
Walaupun hujan renyai-renyai, anak-anak masih belum puas bermain. Memandangkan bermain air kadangkala membuatkan mereka lapar, Ida singgah di cafe membelikan anak-anak makanan.
Setelah puas bermain air, akhirnya kami pulang ke rumah pada jam 6.00 petang.
Sekurang-kurangnya cuti persekolahan anak-anak sudahpun terisi dengan banyak aktiviti riadah dan berfaedah. Yang penting anak-anak gembira dan mereka perlu bersedia ke sekolah keesokan harinya.
Kepada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Melaka Wonderland Theme Park, boleh melayari laman web taman tema berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan