Rabu, April 20, 2011

Bolatampar SAJ UTeM - Lelaki dan Wanita

Hujung minggu lalu, aku sempat menonton perlawanan bolatampar lelaki dan wanita Sukan Antara Jabatan (SAJ) UTeM. Perlawanan bolatampar wanita telah diadakan pada hari Sabtu, 9 April 2011 manakala lelaki pula ada hari Ahad, 10 April 2011.

Perpustakaan UTeM bergabung dengan PBPI dan menamakan pasukan ini sebagai LIBAS. Pasukan wanita LIBAS tewas kepada FKEKK, 26-30 dan kalah kepada pasukan Bendahari+PPB+FPTT dengan mata 19-30. Pemain yang diturunkan dalam kedua-dua perlawanan ini ialah Linda, Fauziah, Rohana, Kamariah, Fatilah dan Mi Azian. Pemain simpanan pula Hasliza dan Sabariah.

Dengan ini, perjalanan bolatampar wanita LIBAS setakat di peringkat kumpulan sahaja. Juara bolatampar wanita ialah Pusat Komputer, naib juara FKE manakala tempat ke-3 ialah Canselori+Penerbit. Tempat ke-4 ialah Pendaftar.

Bagi pasukan bolatampar lelaki, LIBAS menurunkan Hasan, Zaidi, Nik Syukran, Izad, Zulkarnaen dan Ahmad. LIBAS dalam perlawanan pertama mengalahkan pasukan Pendaftar 30-15 dan menang percuma dengan HEPA. Dengan dua kemenangan ini, LIBAS berjaya menempatkan diri ke peringkat suku akhir. Pada peringkat suku akhir, LIBAS mengalahkan Bendahari 30-21 tetapi dalam perlawanan separuh akhir kecundang kepada Pusat Komputer 15-30.

Pada perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-4, LIBAS tewas lagi kepada FKE dengan mata 22-30. Walau bagaimanapun tahniah dan syabas kepada pasukan LIBAS yang bermain dengan penuh semangat. Juara bolatampar lelaki ialah FKP, naib juara Pusat Komputer, tempat ke-3 FKE manakala tempat ke-4, LIBAS.

Apapun, lawan tetap lawan...




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan