Rabu, April 20, 2011

Selamat Hari Lahir, Babah

Sabtu, 17 April 2011. Pagi tu aku mendapat panggilan telefon daripada adik aku, Azilah yang baru pulang dari Kuala Lumpur. Dia berpakat untuk membuat satu kejutan sempena hari lahir Babah. Aku setuju.

Hj. Ayup atau Babah merupakan panggilan mesra ayahanda di kalangan adik-beradik kami. Dialah yang mencari rezeki buat membesarkan kami 12 beradik.

Persiapan dibuat. Menu ialah nasi ayam. Dalam perjalanan pulang dari menonton perlawanan bolatampar wanita, aku singgah di sebuah pusat membeli belah untuk membeli hadiah untuk Babah. Baju kemeja. Itu yang paling sesuai. Lantas aku memilih baju yang padan dengan saiz Babah dan meminta pekerja di sana membungkusnya dengan pembalut hadiah.

Malam tu aku sampai lewat. Ada urusan lain. Majlis berjalan lancar. Selepas Maghrib diadakan sembahyang berjemaah dan kemudian bacaan doa selamat.

Kami sekeluarga sampai jam 8.00 malam. Aku bersalaman dengan Babah dan mengucup pipinya. Begitulah dengan isteri dan anak-anak. Lantas hadiah aku hulurkan.

Selamat Hari Lahir Babah..

Hari Lahir ke-76. Kupanjatkan doa kepada Ilahi semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan sihat tubuh badan.

Amin...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan