Khamis, April 14, 2011

Jamuan Kesyukuran Staf

Pada 25 Mac 2011, satu jamuan kesyukuran telah diadakan oleh beberapa orang staf perpustakaan setelah disahkan berstatus tetap dalam jawatan masing-masing. Staf-staf tersebut ialah Amir Hafizuddin, Mohd Ikbar Abdul Jabar, Abdul Halim Abdul Mokte, Nik Nurhazlinda Nik Mohd Yusoff dan Fatilah Ramli.

Jamuan tersebut diadakan pada jam 12.15 tengah hari di ruang kerja Unit Perolehan dan dihadiri oleh sebahagian besar staf perpustakaan dari pelbagai unit. Terima kasih daun keladi buat kelima-lima staf berkenaan dan penulis mendoakan semoga murah rezeki. Turut hadir ialah KP dan TKP.















Tiada ulasan:

Catat Ulasan