Selasa, April 12, 2011

Membeli-belah di Padang Besar

Sabtu, 13 Mac 2011. Sebaik selesai jamuan makan di majlis perkahwinan Adib, bas yang membawa rombongan dari Melaka terus bergerak pulang. Beberapa keluarga lagi termasuk keluarga aku merancang untuk singgah di Padang Besar. Pukul 1.40 petang, 4 buah kenderaan yang membawa 4 keluarga ini bergerak ke destinasi yang dirancang. Jarak lebih kurang 30 km. Dalam perjalanan kami melihat betapa luasnya sawah-sawah padi yang diusahakan oleh penduduk-penduduk kampung.

Pukul 2.30 petang, konvoi ini sampai di Padang Besar. Pekan ini tidak banyak berubah berbanding kunjungan aku dua tahun lepas. Kami bergerak dari satu kedai ke satu kedai yang lain untuk melihat barangan yang dijual oleh peniaga di sana. Barangan yang paling banyak dijual ialah pakaian seperti baju sukan, tilam, kasut, kerepek, pulut dan sebagainya.

Untuk Arif, kami hadiahkan sehelai baju sukan. Ifa, Miza dan Alim juga mendapat sehelai baju. Ida membeli dua helai baju untuk persiapan menghadiri kursus induksi pada hari Rabu nanti.

Pukul 4.30 petang, setelah selesai, kami dua keluarga iaitu keluarga aku dan keluarga Zaki bergerak pulang. Dua keluarga lagi sudah bergerak pulang lebih awal. Keluarga Sharif pulang ke hotel manakala keluarga Yunus bergerak pulang ke Kuala Lumpur.

Zaki mengajak kami bersiar-siar melihat ladang tebu di Chuping. Aku bersetuju kerana alang-alang sudah sampai Perlis, peluang perlu dimanfaatkan sebaik-baiknnya.


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan