Satu demonstrasi peralatan pengimbas (scanner) oleh Excel Envirotech Resources telah diadakan pada 6 April 2011 di Bilik Pangkalan Data, Perpustakaan UTeM. Demonstrasi yang bermula pada pukul 11.30 pagi ini merupakan sebahagian daripada promosi syarikat berkenaan untuk memperkenalkan produk ICT mereka iaitu pengimbas high end berjenama Copibook. Seramai 30 orang staf perpustakaan menghadiri demonstrasi ini.
Mesin pengimbas ini memang canggih. Apa sahaja barang atau halaman mukasurat yang diimbas menghasilkan imej yang berkualiti tinggi. Melihatkan kemampuan peralatan ini, siapapun dapat meneka harganya sudah pasti tinggi. Copibook mampu membantu mempercepatkan kerja-kerja mengimbas bahan di perpustakaan sekiranya ia dibeli oleh Perpustakaan UTeM.
Demonstrasi ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Tidak dapat dipastikan adakah peralatan pengimbas ini bakal berada perpustakaan atau sebaliknya?
Sama-sama kita tunggu...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan