Sabtu, 26 Mac 2011. Sebaik bersiap-siap untuk ke majlis perkahwinan Nor Aini Md Jali- Mohd Shahron Mat Desa, aku mendapat panggilan telefon daripada Arif. Arif memaklumkan beliau telah mendapat kebenaran balik daripada asrama. Aku meminta Ifa, Miza dan Alim segera bersiap.
Pukul 1.00 tengah hari, aku sudahpun berada di hadapan SMA Sultan Muhammad di Batu Berendam. Kami lima beranak kemudian ke Kg. Balik Bukit, Tanjung Kling bagi memenuhi jemputan Nor Aini tanpa Ida. Ini kerana Ida masih lagi di Kluang kerana berkursus.
Aku sampai di majlis perkahwinan pukul 2.15 petang. Sempat merakamkan beberapa keping gambar pengantin untuk kenangan. Khabarnya Nor Aini menjalinkan ikatan perkahwinannya dengan Mohd Shahron, yang berasal dari Gurun, Kedah. Lepas ni telo utaralah nampaknya Nor Aini atau gelarannya Mummy Ain.
Lokasi majlis perkahwinan di tepi pantai ditambah dengan juadah selera kampung menambahkan seri majlis ini. Alim yang tidak berselera pun menukar fikiran. Ramai kaum keluarga dan sahabat handai kedua mempelai yang hadir meraikan hari bahagia mereka. Selang seminggu, majlis perkahwinan di rumah pengantin lelaki pula bakal menyusul.
Pukul 2.45 petang, kami sekeluarga meninggalkan majlis perkahwinan tersebut dan bercadang ke INTAN Kluang untuk menziarahi Ida yang sibuk menyiapkan assignment kursus.
Buat kedua mempelai, selamat pengantin baru dan semoga kekal selamanya...
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan