Rabu, April 20, 2011

Meraikan Arif Di Pizza Hut

Sebaik pulang dari menonton pertandingan bolatampar lelaki pada 10 April 2011, aku tergesa-gesa menjemput Ida di Perpustam. Ida yang baru menyiapkan kerja-kerja pejabatnya segera menaiki kereta aku dan meninggalkan keretanya di sana.

Pukul 5.00 petang kami sampai di SMK Agama Sultan Muhammad, Batu Berendam. Arif yang bersekolah di situ menelefon Ida jam 1.00 tengah hari minta dijemput tetapi Ida ada kerja yang hendak diselesaikan. Hari Ahad, pelajar dibenarkan outing dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Bimbang Arif merajuk, kami akhirnya berpakat untuk menjemput Arif petang itu tanpa adik-adiknya yang lain. Ifa, Miza dan Alim tinggal di rumah dengan Mak Munah.

Lebih kurang 2 km dari kawasan sekolah, kami singgah di Pizza Hut. Memang kami rancang nak luangkan sedikit masa dengan Arif. Kata orang ada privacy. Hanya ada 2 jam.

Kami mencuba Super Supreme Personal Cheesy Lava Suffed Crust Pizza dengan sup dan roti bawang. Arif minta ditambah ayam goreng 2 ketul.

Sambil makan kami berbual dan mendengar tentang pengalamannya di asrama. Ida menasihat Arif supaya belajar bersungguh-sungguh memandangkan pada tahun ini, Arif akan menduduki PMR. Kami memberikannya semangat supaya mengulangkaji pelajaran dan tidak membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Pukul 5.50 petang, kami menghantar Arif semula ke asrama. Selepas bersalaman, kami meninggalkan Arif di pintu masuk sekolah.

Untuk anak-anak yang lain tidak lupa kami bungkuskan piza super supreme dengan pepperoni bersaiz besar. Pasti Ifa, Miza dan Alim menyukainya...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan