Dari Padang Besar, kami bergerak menuju Chuping. Sepanjang jalan, saujana mata memandang luasnya ladang tebu terbesar negara. Pukul 6.00 petang, sebaik melepasi bulatan menuju ke ladang gula Chuping, kami berhenti di tepi jalan bersebelahan ladang tersebut.
Aku tidak melepaskan peluang untuk mengambil beberapa shot foto melalui kamera aku. Pelbagai aksi digayakan oleh anak-anak berlatarbelakangkan ladang tebu. Memang menarik. Kami bergerak menuju Kilang Gula Felda Perlis tempat di mana tebu-tebu yang telah dibakar diproses di kilang tersebut. Beberapa buah kenderaan pengangkut yang sarat muatan tebu kelihatan ditempatkan di satu kawasan bersebelahan kilang menunggu untuk diproses.
Pukul 6.30 petang, kami bergerak pulang dan singgah di sebuah restoran iaitu Andaman 2 yang terletak tidak berapa jauh dari bandar Kangar. Menarik restoran ini berlatarbelakangkan sawah padi. Pukul 8.40 malam, kami bergerak pulang ke homestay untuk berehat memandangkan esok kami perlu bergerak pulang ke Melaka.
Love u forever ! ♥
-
Ni Ain, cerita pasal awak. Awak dah tulis pasal kite kan ? Thanxx yepp !
Kelakar la cerita awak. Nah ! Kite balas balik. 3 perenggan je. Kite takkan
tulis...
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan