Selasa, Disember 20, 2011

Akup Dan Ina Belanja Ikan Bakar

Isnin, 19 Disember 2011. Sebaik pulang ke rumah petang ini, anak-anak memaklumkan bahawa Pak Itam, gelaran pangkat bagi Muhammad Zubir, abang kandung Ida bersama isterinya Ina mempelawa kami sekeluarga menjamu ikan bakar.

Kali ini destinasinya di Klebang. Kami bergerak ke sana pada jam 9.00 malam. Lebih kurang 30 minit perjalanan, kami sampai di sebuah gerai ikan bakar tidak jauh dari muara sungai.

Kata Ida, Ina nak belanja makan ikan bakar sebab dapat pelarasan gaji. Gerai ikan bakar yang kami kunjungi itu rupanya milik bapa saudara Ina. Ada ikan pari bakar, ikan siakap sweet n sour, udang dan nasi lemak.

Pukul 10.15 malam, kami bergerak pulang. Terima kasih kepada Muhammad Zubir dan Ina di atas jamuan yang diberikan.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan