Isnin, Disember 19, 2011

Keputusan PMR Diumum Khamis


Kenyataan daripada Bernama Online hari ini, keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan pada hari Khamis, 22 Disember 2011.

Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran Isnin, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.

"Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama," menurut kenyataan itu.

Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Disember 2011.

Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my.

Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini.

Arif merupakan salah seorang daripada 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR tahun ini. Berdebar juga rasanya menunggu keputusan peperiksaan tersebut selepas keputusan UPSR Ifa diketahui 17 November 2011 yang lalu.

Doa kami sekeluarga semoga Arif berjaya dengan cemerlang di dalam PMR.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan