Khamis, Disember 22, 2011

Kereta Terbabas, Pemandu Selamat

Rabu, 21 Disember 2011. Sewaktu melalui Jalan Gemencheh Lama menghala ke Bukit Rokan, van jabatan yang membawa kami seramai 7 orang staf perpustakaan dipandu perlahan kerana mengekori sebuah lori di hadapan.

Sebaik tiba di Km 3 jalan tersebut, kelihatan sebuah kereta jenama BMW berwarna biru dari arah Bukit Rokan dipandu laju melalui selekoh dan hilang kawalan lalu melanggar pengadang jalan di sebelah kiri sebelum melanggar tebing bukit di sebelah kanan jalan. Kejadian berlaku pada jam 3.20 petang.

Kenderaan tersebut remuk di bahagian hadapan namun begitu pemandunya tidak cedera. Pemandu yang berusia sekitar 20an itu agak terkejut lalu keluar daripada kenderaannya. Orang ramai yang lalu-lalang berhenti seketika untuk memberikan bantuan.

Dua wanita nyaris maut apabila motosikal yang ditunggangi mereka melalui tempat kemalangan beberapa saat sebelum kejadian.

Menurut pemandunya, sebaik tiba di selekoh, brek keretanya tidak berfungsi.

Memandangkan tiada kecederaan, kami pun meneruskan perjalanan ke Felda Palong 7, Negeri Sembilan untuk melawat keluarga Mohd Efendi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan