Ahad, Disember 18, 2011

Majlis Ihtifal Dan Penyampaian Hadiah 2011

Sabtu, 17 Disember 2011. Semalam telah berlangsung Majlis Ihtifal Dan Penyampaian Hadiah 2011M/1433H bagi Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran & Fardhu Ain Kanak-kanak anjuran Masjid Al-Azim, Melaka di Auditorium Masjid Al-Azim.

Majlis bermula pada jam 8.00 pagi tetapi aku hadir jam 10.00 pagi. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini tiada seorangpun anak-anak aku masuk pertandingan. Arif sudah sepanjang masa di asrama sedang fokus kepada persediaan PMR, Ifa pula sibuk dengan UPSR manakala Miza dan Alim pula tidak berapa mantap lagi dari segi hafazan.

Ramai ibu bapa yang hadir ke majlis semata-mata anak mereka terlibat dengan pertandingan. Ini boleh dilihat bila mana anak-anak mereka selesai menerima hadiah, kerusi di dalam auditorium mejadi lengang.

Pelajar dari setiap tahap iaitu tahap 1 hingga 6 akan membuat persembahan biasanya bacaan hafazan dan markah akan dinilai oleh juri. Ada yang bacaannya jelas dan ada juga yang tidak dapat menghafaz dengan baik bergantung kepada prestasi anak-anak itu sendiri.

Menurut Datuk Hj. Mohammad bin Hashim Al-Hafiz, Pengerusi Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran & Fardhu Ain Kanak-kanak Masjid Al-Azim yang juga Imam Besar di dalam ucapan perasmian penutupnya, program ihtifal ini bertujuan untuk meraikan anak-anak dalam kelas pengajian tahfiz. Menurut beliau lagi, dengan berlangsungnya majlis ini, program pengajian tahfiz bagi tahun 2011M atau 1433H akan melabuhkan tirainya dan akan disambung semula pada bulan Februari 2012.

Beliau berkata program tahfiz ini mendidik anak-anak menjadi insan berguna khususnya dalam masyarakat. Beliau mengingatkan ibu bapa bahawa pendaftaran pelajar lama dan baru akan bermula dari 1 hingga 31 Januari 2012 (pada waktu pejabat) dan borang boleh didapati di Pejabat Masjid Al-Azim dan boleh juga dimuat turun daripada Facebook Masjid Al-Azim.

Majlis Ihtifal Dan Penyampaian Hadiah 2011M/1433H bagi Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran & Fardhu Ain Kanak-kanak ini berakhir pada jam 11.30 pagi dan tentatif program adalah seperti berikut:

Tentatif:

8.00 pagi - Ketibaan pelajar, ibu bapa dan guru
8.25 pagi - Bacaan doa
8.30 pagi - Persembahan pelajar Tahap 1
8.45 pagi - Persembahan pelajar Tahap 2
9.00 pagi - Persembahan pelajar Tahap 3
9.15 pagi - Persembahan maulid diba'ie kumpulan Jamiyatul Wardah
9.30 pagi - Persembahan hafazan pelajar Tahap 4
9.45 pagi - Persembahan hafazan pelajar Tahap 5
10.00 pagi - Persembahan hafazan pelajar Tahap 6
10.15 pagi - Persembahan maulid diba'ie kumpulan Jamiyatul Wardah
10.30 pagi - Ucapan perasmian penutup oleh Pengerusi Kelas Tahfiz
10.45 pagi - Majlis penyampaian hadiah & meraikan pelajar Tahap 6
- Sesi bergambar pelajar Tahap 6
- Jamuan & bersurai.


Ahli Jawatankuasa Majlis

Pengerusi - Datuk Hj. Mohammad bin Hashim Al-Hafiz
Timbalan Pengerusi - Ustaz Hj. Yaacob bin Ab. Majid
Setiausaha - Ustaz Hasbullah bin Selah @ Salim
Bendahari - Ustaz Mohd Aidiel bin Jaapar
AJK
- Ustaz Mohd Sufie bin Hj. Karim
- Ustaz Mohd Afham bin Mohd Sharif
- Ustaz Nor Azmi bin Ishak
- Ustaz Muhammad Hafiz bin Saleh
- Ustazah Rohana bt. Harun
- Ustazah Noria bt. Ali
- Ustazah Hawa bt. Yahya
- Ustaz Ahmad Fairus bin Yasak.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan