Jumaat, Disember 16, 2011

Bengkel MOLEC 2010/2011 di Perpustakaan UTeM

Perpustakaan UTeM telah menjadi tuan rumah Bengkel Malaysian Online E-Resources Consortium (MOLEC) yang diadakan pada 12-13 Disember 2011.

Bengkel ini dihadiri lebih 40 orang wakil dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta pembekal pangkalan data.

Objektif bengkel MOLEC ialah bagi mewujudkan jaringan maklumat atau pendapat di antara para pustakawan IPTA/IPTS. Ia juga merupakan satu konsep perkongsian sumber maklumat mengenai pangkalan data komersil antara perpustakaan di Malaysia.

Bengkel MOLEC diadakan bertujuan agar penyelarasan harga jurnal elektronik yang kian meningkat di pasaran dapat dikawal. Hasil daripada perbincangan, didapati ada perbezaan dalam kos langganan Pangkalan Data Komersial (PDK) yang sama di beberapa buah perpustakaan yang terlibat.

Langkah yang telah diambil ialah mewujudkan sebuah Jawatankuasa Kecil di bawah PERDANA (Sistem Perpustakaan Digital Negara) pada tahun 2000. Jawatankuasa ini telah membincangkan perkara ini di mana pada peringkat awal, sejumlah 12 buah Perpustakaan IPTA/IPTS menganggotainya dan bilangan keahliannya telah meningkat sehingga kini.

Bengkel ini diadakan secara bergilir-gilir di antara universiti sejak ianya ditubuhkan. Pada tahun 2011, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah dipilih sebagai tuan rumah pada Mesyuarat Malaysian Online E-Resources Consortium (MOLEC) pada 24 Oktober 2011 di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Bangi.

Pada hari pertama, bertempat di Bilik Pangkalan Data diadakan pembentangan laporan penggunaan PDK ialah EBSCO oleh UTHM dan UTM, PQDT (UiTM), Scopus (UKM dan UPM), NetLibrary oleh UM dan IEEE (Uniten dan MMU). Pada sebelah petang pula diadakan latihan MyULIS.

Pada hari kedua pula, bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, diadakan pengenalan produk oleh pembekal pangkalan data.

Sesungguhnya dengan kerjasama semua pihak, bengkel ini telah berjaya diadakan.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan