Kami sampai lebih kurang jam 1.15 tengah hari. Setelah bersalaman dengan suaminya, kami menjamu selera. Selang beberapa minit, YB Datuk Hj. Abd. Wahab bin Abd. Latip, Pengerusi Perpustam sampai dan menyapa aku. Aku membalasnya tetapi tidak sempat bersalaman kerana beliau faham ketika itu aku sedang menjamu selera. Majlis ini nampak sedikit lengang kerana mungkin tuan rumah menggunakan perkhidmatan katerer dan tidak seperti kebiasaannya secara bergotong-royong.
Sebenarnya aku berbangga dengan beberapa orang staf Perpustam ni bukan apa, walaupun jawatan mereka rendah, dari segi pendidikan anak-anak mereka utamakan. Sebagai contoh, Puan Rohana Atan, anak perempuan beliau khabarnya kini menjadi jurutera. Satu lagi, mereka amat menghormati staf lain khususnya pegawai dalam organisasi mereka.
Pukul 2.45 petang, kami bersalaman sebelum meninggalkan majlis tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan