Selasa, Disember 20, 2011

Taklimat Sistem Baru Perkhidmatan Awam

Selasa, 20 Disember 2011. Pagi tadi, jam 9.15 pagi telah diadakan Taklimat Sistem Baru Perkhidmatan Awam di Auditorium Canselori, UTeM. Taklimat ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UTeM dan dihadiri lebih 80 orang staf dalam kategori Pengurusan dan Profesional.



Taklimat disampaikan oleh Encik Mohd Azmi bin Mat Said, Timbalan Pendaftar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UTeM dan Encik Wahi bin Nordin, Ketua Timbalan Pendaftar, Pejabat Pendaftar, UTeM.



Di antara perkara-perkara yang dibentangkan kepada peserta ialah dari segi kepentingan penerimaan opsyen Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), pelaksanaan dan kesannya kepada penjawat awam. Di samping itu, matlamat SBPA ialah menjadikan perkhidmatan awam di negara ini berprestasi tinggi.



Sejumlah lima slaid pembentangan meliputi overview tentang SBPA, pembangunan organisasi, perkhidmatan, persaraan dan juga saraan SBPA. Paling menarik ialah bila membincangkan tentang kenaikan gaji kakitangan awam.



Banyak cerita negatif tentang pelaksanaan SBPA yang pernah didengari sebelum ini dapat ditepis melalui taklimat yang disampaikan. Taklimat berakhir pada jam 12.45 tengah hari.

Yang jelas semua staf yang keluar daripada auditorium tersenyum lebar menantikan masa untuk menandatangani opsyen sebelum menerima 'habuan' mereka.

Taklimat bagi staf dalam lain-lain kategori akan diadakan secara berperingkat dari 21 hingga 23 Disember 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan