Isnin, Disember 19, 2011

Keputusan Peperiksaan PMR 2011 Melalui SAPS / SMS



Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau lebih dikenali dengan SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibu bapa melihat prestasi pencapaian anak mereka di sekolah. Hanya beberapa langkah sahaja yang diperlukan untuk semak keputusan peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun, ujian penilaian dan peperiksaan percubaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Berikut merupakan langkah untuk semak keputusan peperiksaan melalui SAPS

1. Klik link ini.
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.
3. Semua di hujung jari.

Untuk kemudahan semakan keputusan secara online SMS

Semakan Keputusan PMR 2011 boleh dilakukan pada tarikh 23 Disember 2011. Cara untuk menyemak melalui SMS.

Taip PMR jarak NOMBOR ANGKA GILIRAN CALON dan hantarkan ke 15888

"Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan