Ahad, Disember 04, 2011

Jamuan Sempena Persaraan TKP

Rabu, 16 November 2011. Hari ini Cik Siti Noor Kiah, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Perpustakaan UTeM bermurah hati untuk menjamu semua staf perpustakaan dan juga bekas staf yang pernah bekerja dengan beliau di Perpustakaan UTeM.

Minggu ini adalah minggu terakhir beliau bertugas di UTeM. Sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan staf dan juga tanda terima kasih, Cik Siti Noor Kiah mengadakan jamuan sempena persaraan beliau.

Majlis bermula pada jam 12.30 tengah hari. Lokasinya ialah di ruang kerja Unit Perolehan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azman Amir. Kemudian ucapan perpisahan daripada Cik Siti Noor Kiah disusuli dengan ucapan penghargaan daripada Ketua Pustakawan.

Cik Siti Noor Kiah mengucapkan terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan oleh staf sepanjang tempoh beliau berkhidmat di UTeM dan berharap staf dapat meneruskan usaha mereka dalam memajukan UTeM khususnya perpustakaan.

Cik Siti Noor Kiah kemudian menyampaikan cenderamata berupa surah Yassin buat semua staf melalui ketua unit masing-masing.

Lebih kurang pukul 1.10 petang, semua staf dijemput menikmati jamuan perpisahan sempena persaraan Cik Siti Noor Kiah.

Buat Cik Siti Noor Kiah, kami mengucapkan terima kasih di atas jamuan yang diberikan. Semoga bertambah rezeki lagi...Amin!
































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan