Ahad, Disember 04, 2011

Salam Tahun Baru Maal Hijrah 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini 27 November 2011 bersamaan 1 Muharran 1433H. Salam maal hijrah buat semua. Bertambah lagi satu tahun baru dalam hidup kita semua. Sudah tahu maksud doa akhir tahun dan doa awal tahun hijrah? Kalau tak tahu, di sini disediakan maksud doa awal dan akhir tahun hijrah.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”






Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata : “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Apa pun, semoga doa tu benar-benar memberi erti kepada kita.

Apa azam tahun baru ni? Azam tahun lepas berjaya tak direalisasikan? Harapnya apa pun yang dihajatkan (yang baik-baik la kan..) berjaya dicapai dengan sebaiknya..

Ayuh kita majukan diri bersama-sama menuju ke arah jalannya yang sebenar..

Salam Maal Hijrah 1433H..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan