Khamis, September 29, 2011

Beraya Di Rumah Shariff

Jumaat, 16 September 2011. Semalam Mak Munah mencadangkan agar kami sekeluarga beraya di rumah anak-anaknya di Kuala Lumpur. Katanya lagi ramai yang buat open house di sana. Kalau ikutkan petang semalam kami dah bertolak tetapi disebabkan Arif ada kelas tambahan sempena PMR, kami tangguhkan sementara.

Tengah hari aku dengan Alim pergi Sembahyang Jumaat di Masjid Pangkalan Batu. Kemudian terus menjemput Arif balik dari asrama. Lebih kurang pukul 4.00 petang, kami sekeluarga bertolak ke Kuala Lumpur. Disebabkan nak naik Kuala Lumpur, beberapa jemputan rumah terbuka terpaksa aku tinggalkan. Encik Mahadir dan Ustaz Azman mengadakan rumah terbuka petang ini dan mereka menjemput aku dan keluarga.



Pukul 6.00 petang, kami sampai di rumah Shariff di Kompleks Kastam Kelana Jaya. Kebetulan, tetamu baru sahaja pulang dan yang tinggal hanya keluarga Azilah. Kami dijemput menjamu selera. Ketupat, rendang ayam dan sambal tumis yang dimasak oleh Mak Munah tengah hari tadi dibawa bersama dan dihidangkan kepada tetamu yang ada. Hampir Maghrib, aku dan Arif ke surau yang terletak hanya beberapa meter dari rumah Shariff.












Kebetulan Hazwan, Syikim, bayi perempuannya Damia Nur Qistina serta saudara kepada Syikim baru sammpai. Kami berbual manakala anak-anak bermain-main dengan Damia Nur Qistina.

Lepas Isyak, kami meminta diri untuk ke Putra Heights kerana kami sekeluarga merancang untuk menginap di rumah Farok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan