Ahad, September 11, 2011

Melawat Arif Di Asrama

Sabtu, 10 september 2011. Minggu ni Arif tidak dapat balik ke rumah kerana ada tuisyen di sekolah. Jadi kami sekeluarga mengambil keputusan untuk melawat Arif di asrama pada sebelah petang.



Arif yang bersekolah di SMKA Sultan Muhammad, Batu Berendam buat masa ini sibuk dengan aktiviti yang dirancangkan oleh pihak sekolah. Beliau di dalam tingkatan 3 bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) pada 4 Oktober 2011.



Kami tiba jam 5.50 petang dan sempat berbual dengan Arif mengenai perkembangan semasa dirinya di asrama. Kunjungan ini secara tidak langsung mampu menaikkan semangat Arif yang membuat persediaan untuk PMR selain beliau dapat memberikan semangat untuk adiknya, Ifa yang akan menduduki UPSR pada 13 September 2011.




Ada sedikit makanan yang kami belikan untuknya dan kami juga makan bersama-sama.

Pukul 6.40 petang, kami beredar dari sekolah tersebut bagi membolehkan Arif membuat persediaan untuk ke surau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan