Khamis, September 08, 2011

Hari Raya Keempat - Hadir Di Majlis Sambutan Hari Raya Japerun Durian Tunggal

Cadangan untuk bertolak ke Majlis Sambutan Hari Raya Japerun Durian Tunggal selepas solat Maghrib terpaksa dipanjangkan selepas solat Isyak. Anak-anak masih lagi belum bersiap kerana menunggu bilik air kosong.

Akhirnya jam 9.00 malam, kami sekeluarga bertolak ke Japerun Durian Tunggal. Tahun lepas, kami menerima jemputan daripada Datuk Abdul Wahab Abdul Latip, ADUN Durian Tunggal tetapi kami tidak dapat hadir kerana urusan peribadi yang tidak dapat kami elakkan. Tahun ini kami pastikan kami hadir ke majlis anjuran Japerun Durian Tunggal itu.



Sebagai Pengerusi Perpustam, Datuk Abdul Wahab Abdul Latip juga adalah 'bos' Ida. Beliau memang mengenali kami dan pernah menegur Ida kerana tidak hadir ke majlis sambutan hari raya tahun lepas.

Pukul 10.00 malam, kami sampai di Kompleks Japerun Durian Tunggal yang terletak lebih kurang satu kilometer daripada pekan Durian Tunggal. Di kiri kanan jalan raya berdekatan dengan kompleks tersebut dipenuhi kereta oleh tetamu majlis. Kami terpaksa berjalan hampir 300 meter untuk sampai ke sana.

Sebaik sampai, kami bersalaman dengan Datuk Abdul Wahab manakala Ida bersalaman dengan isteri beliau. Kemudian kami ke khemah yang disediakan. Anak-anak terus berbaris untuk mendapatkan sate daging dan ayam yang baru dibakar. Selain sate, ada juga disediakan keropok lekor.




















Pukul 10.30 malam, perhatian kami tertumpu kepada kelompok kecil pengunjung di hadapan kompleks. Rupanya YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka sampai. Beliau bersalaman dengan para pengunjung dan kemudian dibawa ke bilik di mana jamuan diadakan.

Pukul 11.00 malam, sebaik Ketua Menteri Melaka itu beredar, kami bersalaman dengan ADUN Durian Tunggal itu dan meminta diri untuk pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan