Kami sampai di rumah beliau pada jam 9.30 pagi. Ramai ahli keluarga kedua belah pihak pasangan tersebut yang hadir. Kami dihidangkan dengan nasi lemak, roti canai, kuih-muih dan buah-buahan.
Sesekali bertemu, banyak pula cerita disembangkan. Terasa mesranya bila diadakan pertemuan begini lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di luar Melaka.
Pukul 12.15 tengah hari, selepas bersalaman, kami meminta diri untuk beredar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan